BAB 61 ✔

8.8K 598 28
                                    

SAYANG'S

PRANG!

Zulqadree terundur ke belakang sedikit apabila segelas mug nescafe itu jatuh ke lantai. Dia berdecit kecil akibat kecuaiannya.

Tangan dia licin sangat ke sampai boleh terlepas?

"Kau kenapa?" soal Karl yang juga turut ada di pantri itu bersama Zulqadree. Dia elok membaca majalah perniagaan di atas meja.

Zulqadree menoleh pada Karl sekilas kemudian berpalin pada gelas yang sudah pecah ke lantai itu. "Entah. Tangan aku licin."

Batang penyapuh diambil dihujung dinding dapur pantri dan penyodok. Dia membersih-bersihkan serpihan kaca itu buat kali yang ke berapa dah dia pernah membersihkan kaca yang pecah.

Boleh amik sebagai hobi dah ni, suka pecahkan kaca.

Serpihan kaca yang sedikit kecil itu dia duduk mencangkung untuk mengutipnya.

"Ash!"

Bagai renjatan eletrik, hujung jarinya tergaris kecil akibat serpihan kaca itu. Zulqadree mengibas-ngibas pengelengan tanganya. Sekilas dia melihat darah mula keluar dari jari yang terluka itu.

Dahinya berkerut saja. Kenapa macam ni?

"Nah, firstAid." Karl memberikan alat ubatan itu. Macam tahu-tahu saja.

"Thanks"

Selesai membersihkan semuanya, dia mencuci tangan dan membalut luka kecil itu pada jarinya. Sekilas dia melihat pada jam di dinding. Baru sahaja pukul 11 pagi. Zulqadree menoleh pada skrin telefonnya.

Apa agak isterinya sedang lakukan ya?

Apa agak isterinya sedang lakukan ya?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


BAM! BAM! BAM!

"Aireen!"

"Aireen! Kau ada dekat situ tak? Aireen!"

Kepala yang berpinar-pinar itu, dia paksakan diri untuk bukakan mata. Dia berdesis sakit apabila terasa kepalanya berdenyut sungguh kuat dan belakang tekuk lehernya seakan sengal-sengal.

Apabila merasakan dari perlihatannya kawasan yang dia duduki agak asing. Pantas Aireen bangun dari terbaring disitu. Serentak itu sendi tulangnya terus berbunyi, mematahkan tulang-tulang kecil pada belakang badannya akibat lenguh.

Aireen memerhati kawasan sekeliling itu. Penuh dengan bakul-bakul yang berisikan raket badminton, bola-bola dan kayu besbol. Baru dia tersedar sekarang dia berada di dalam...

𝐌𝐑𝐒 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 𝐀𝐀𝐑𝐈𝐒 ©Where stories live. Discover now