BAB 26 ✔

10.3K 697 84
                                    

QADREE'S WIFE

Jumaat. Hari di mana Aireen dan yang lain satu batch dengannya bertolak ke tempat penginapan perkhelahan.

"Meh beg kau." Aireen tidak sempat mengakat beg pakaiannya terus di rampas oleh Mika.

Dia menjuih bibir, geram. Dalam masa yang masa dia tidak boleh buat apa. Mereka sekarang beratur untuk meletakkan barang dan beg keperluan mereka untuk ke sana nanti.

Aireen menoleh ke belakang, pada kereta Audi yang dipandu oleh seseorang. Dia tersenyum lebar. Sedikit dia melihat ke kiri kanannya takut ada orang menyedari tindakkannya. Tiada yang melihat, terus dia berlari ke arah Zulqadree.

Mika baru ingin menoleh tiada kelibat Aireen terus dia menoleh pada pasangan itu. Ternaik senyum tipis pada bibirnya sebelum menolong murid lain meletakkan barang ke dalam bawah bas.

"Awak dah nak pergi dah ke?" soal Aireen.

Zulqadree mengangguk kecil. Dia senyum manis lalu dia mengusap lembut pipi isterinya. Pasti dia akan rindu dengan wajah comel ni walau tiga hari saja.

"Take care, sayang. Selalu ada dengan Mika. Jangan pergi jauh dari mata dia. Abang, dengar sekolah sayang bergabung dengan satu lagi sekolah lain?" soalnya lembut.

Aireen ragu-ragu angguk. "Saya pun tak tahu apa-apa. Tapi, rasanya la kalau awak dah tahu, mungkin ada. Saya takkan lari dari pandangan Mika... macam la saya budak.."

Zulqadree tergelak kecil lalu dia mencubit kecil pipi itu lembut. "Sayang memang budak pun! Tak sedar diriii."

Aireen ketawa kecil. Umur dia baru 17 kot. Mendengar bunyi laungan guru untuk bertolak. Dia menoleh pada Zulqadree semula. Riak wajah lelaki itu seperti berat untuk melepaskannya.

"Saya pergi dulu.. " Zulqadree senyum lalu tangan kecil Aireen di tarik. Aireen terkaku seketika apabila Qadree memasukkan sesuatu ke dalam jari manisnya.

"Huh?"

"Pakai la sayang. Abang perasan dari haritu lagi, sayang tak pakai cincin khawin kita walau sekolah.. balik tu pakai la. Abang suka tengok bila sayang pakai. I feel like you only belong to me."

"Awak jumpa mana? Kan.. masa kita tu nikah awak beri dekat saya?"

"Abang jumpa dalam beg sekolah, sayang haritu. Sampai hati tak pakai.. "

Tersenyum Aireen mendengarnya. "Mana ada.. " Cincin silver bermata permata itu ditenungnya. Cantik.

"Terima kasih awak.. tapi, kalau perjumpaan murid saya tanggalkan sekejap.. nanti saya pakai semula."

Zulqadree mengangguk. "Sentiasa jaga dan pakai dengan baik cantik terletak pada Sayang, okay?" Dahi gadis itu dicium lembut sekilas sebelum dia menyambut huluran salam Aireen.

"Jaga diri sayang. Ingat abang tau, janji?" katanya. Sedikit dia risaukan kalau terjadi apa-apa.

Aireen angguk. Dia walau malu dengan tindakkan Qadree tadi tapi dia tetap mahu menatap wajah suaminya untuk kali terakhir.

"I will miss you, sayang."

Aireen sengih malu. Mangada. Nasib takde siapa yang dengar atau tengok kalau tak, kecoh!

𝐌𝐑𝐒 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 𝐀𝐀𝐑𝐈𝐒 ©Where stories live. Discover now