BAB 12 ✔

15.7K 984 62
                                    

QADREE'S WIFE

"Awakk!!"

"Kenapa?! Sayang, kenapa?!" Gelabah Zulqadree berlari mendekati Aireen didapur apabila gadis itu menjerit memanggilnya. Kalau boleh satu rumah boleh dengar.

Aireen berdiri dibelakang Zulqadree dengan kepala dijenguk sedikit ke sisi. "Ad-ada pencuri awak.. ada orang lain dalam rumah ni." ujarnya gementar.

"Ha?" Zulqadree mengerutkan dahinya dengan perasaan hairan. Pencuri datang dari mana pulak?

Mereka berdua menuju ke arah dapur. Zulqadree dengan muka tenang berubah me wajah mendatar. "Bukan pencuri la sayang, ni ada gelandangan tumpang rumah kita semalam." katanya melihat Karl diruang meja makan sedang melatak nasi lemak.

"Urang ajar ko!" Dengan mulut penuh, Karl menyumpah Qadree, tak puas hati.

"Weh! Makan tu habiskan dulu! Kotor meja aku tersembur nasi kau!" marah Zulqadree mengcekak pinggang.

Aireen keluar dari belakang suaminya tetapi lengan lelaki itu tidak dilepaskan olehnya dan hanya mengikuti lelaki itu kemana-mana akibat kehadiran 'gelandangan' entah dari mana.

"Sayang duduk la makan nasi lemak abang buatkan special untuk sayang tu. Abang nak pergi amik barang kejap kat atas sebelum kita pergi rumah Mommy." ujar Zulqadree lembut pada Aireen disisinya.

Aireen menggeleng kepala laju sambil menarik-narik lengan baju Qadree agar tidak mahu ditinggalkan seorang. Dia takut akan lelaki asing berada disitu.

Zulqadree ketawa kecil. "Yelah, jom." Aireen mengikut langkah Qadree untuk ke atas bilik mereka.

Qadree faham Aireen takut akan kawannya tu, takkan dia mahu paksa isterinya duduk bersama pula.

Nak kena makan kaki dia, boleh je.

Mereka kembali lagi ke meja makan tetapi Karl sudah tiada disitu melainkan berada diruang tamu pula. Dah habis makan, tengok tv pula. Amboi, buat macam rumah sendiri nampak.

Aireen dan Zulqadree pula menjamu selera berduaan. "Tu.. sape awak?" soal Aireen sambil melihat Qadree menyeduk nasi lemak itu untuknya.

Dia nak eh buat sendiri takkan nak halang pula.

"Kawan abang, Karl Firdaus. Dia tumpang tidur sini semalam waktu sayang dah lelap atas lantai." Aireen tersenyum malu apabila Qadree membangkitkan hal dia pitam tu.

"Kenapa dia tumpang tidur sini? Dia takde rumah ke?" soalan Aireen membuatZulqadree tersedak ketawa kuat. Nampak macam betul pula yang Karl tu budak pungut.

"Bukan sayang.. dia ada rumah tapi dia yang tolong amikkan beg sayang kat sekolah kemarin. Dia malas balik, tu dia tumpang sini. Dia memang dari dulu macam tu, abang dah biasa dia tumpang sini." jelas Zulqadree sambil mengaul-gaul nasi lemak itu dengan tangan lalu dia menyuruh Aireen bukakan mulut.

"Aa?"

"Eh takpela, awak makan la. Saya makan yang saya..." Halang Aireen, malu.

Zulqadree bermasam muka. Dia mencengkam rahang Aireen, lembut. "Makan. Abang suapkan." Tanpa membantah, Aireen menyambut suapan dari suaminya.

𝐌𝐑𝐒 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 𝐀𝐀𝐑𝐈𝐒 ©Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang