BAB 16 ✔

13.7K 860 126
                                    

QADREE'S WIFE

Sepanjang mereka disana, senyuman pasangan itu tidak lekang dari bibir. Aireen dan Zulqadree bermain segala jenis permainan yang terdapat di Lost World Amusement Park itu. Rasa seperti kembali ke zaman kanak-kanak, walaupun Aireen masih muda tapi disebabkan untuk fokus pada ujian spm. Dia jadi jarang untuk berseronok macam ni. Lagi-lagi, dia ditimpa masalah dengan Daniel. Tapi, aturan Allah dan rancangan dari Mama Papanya untuk nikahkan dia dengan Zulqadree. Segala kesedihan dan kejadian pahit dibuang jauh daripada ingatan. Yang ada cuma saat-saat gembira bersama Qadree.

Suaminya..

"Penat ke Sayang?" Anak rambut Aireen yang sedikit serabai dikemaskan. Merah muka isterinya itu kerana ketawa banyak sangat.

Laju Aireen mengangguk dengan senyuman yang melebar. "Awak.. jom minum. Saya dahaga." Zulqadree mengengam tangan isterinya kemas untuk dibawa ke kafe berdekatan.

"Kita pergi Tea House."

"Tea House?"

Zulqadree membawa saja Aireen ke sana. Tempat makan paling terkenal di Lost World Of Tambun. Dekorasi yang sangat menarik di mana mereka mengetengahkan konsep kopitiam lama.

"Waa.. "

"Cantikkan sayang." soalnya. Aireen mengangguk ceria. Dia suka dengan dalaman kafe itu. Mereka mengambil salah satu meja disitu.

"Sayang nak minum apa?"

"Apa yang ada dekat sini?" soal Aireen menatap mata Qadree.

"Kopi kampung ada, teh pun ada. Tapi, abang rasa paling sedap Roasted Rice Tea lah. Nak try tak?"

"Macam sedap jee."

Zulqadree tersenyum. Tanpa buang masa, dia terus membuat pesanan. Sementara menunggu pesanan mereka siap, Aireen mengambil peluang untuk pandang sekeliling kawasan itu.

"Cantikkan, macam dalam gua gitu." Zulqadree bersuara melihat tingkah Aireen. Gadis itu mengangguk kecil.

"Sayang happy tak?" soal lelaki itu lagi. Tapi, kali ini lain. Aireen menoleh. "Maksud awak?"

"Sayang happy tak , abang bawak sayang kesini?"

Aireen malah tersenyum lebar. "Mesti lah. Saya tak pernah kesini lepastu permainan dekat sini semua best-best.. saya happy sangat-sangat. Lagi-lagi, saya happy dengan suami saya."

"Apa? Sayang cakap apa? Cuba ulang balik." tersenyum lebar Qadree mendengarnya.

Aireen tersedar dia terlajak kata. Dia menekup mulutnya perlahan. Zulqadree pamdang isterinya misteri. "Sayang... "

Muka Aireen memerah. Sudah dia terlepas cakap. Dia memang gembira dengan Zulqadree. Lagi-lagi, kita keluar bersuka ria dengan orang yang kita sayang. Seronok tahu!

"Sayang happy tak keluar dengan abang?"

"Se-seronok.. "

"Orang tanya happy ke tak, dia jawab seronok."

"Sama je kan maksud dia.."

𝐌𝐑𝐒 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 𝐀𝐀𝐑𝐈𝐒 ©Where stories live. Discover now