BAB 6 ✔

16.5K 1.1K 134
                                    

QADREE'S WIFE

"Kenapa tunduk sayang.. "

Aireen mendongak sikit kepalanya. Terkedu dia melihat wajah lelaki itu lagi. Jelas wajahnya polos ketakutan.

Zulqadree tersenyum manis. "Im here.. again. Hahaha macam baru tak jumpa setahun." Dia tergelak kecil lagi diantara mereka berdua duduk jarak yang agak rapat.

"A-apa awak buat kat sini?" soal Aireen perlahan. Dia memandang sekeliling sekilas.

"Aku datang sini sebab.. " Dia dekat kan wajahnya pada tepi telinga Aireen. "Nak satukan sayang.. jadi isteri aku."

Terbakar wajah Aireen apabila anak matanya bertembung dengan anak mata Qadree. Berdebar seluruh jantungnya. "Awak.. akan-kan jadi suami saya?" soalnya tidak percaya.

"Yup! Hahaha can't believe it? Sokay, aku jelaskan pada kau nanti." Lembut mada suara Zulqadree mengatakan itu.

Aireen membahang malu. Pantas, dia munduk. Menikus. Tangannya menggigil kecil.

"Dah ready ke?" soal Encik Syazrul pada Zulqadree yang sedang berbual dengan Aireen. Mereka menunggu Encik Syazrul untuk tiba disitu, sementara itulah, Zulqadree amik peluang untuk mengusik Aireen.

Aireen melihat Papanya yang menjadi wali dia ketika ini. Dia melihat Zulqadree siap sedia duduk bersila dihadapan Papa dengan tegap berbaju melayu putih dan sudah lama bersiap diri.

Dia melihat sekeliling. Setahunya.. dia melihat Danny tadi.. tapi disebabkan pengatin lelaki datang tadi, Zulqadree terus menerjah ke arahnya membuat dia menikus malu.

"Zulqadree Aaris bin Iman Zulqarfi"

"Ya saya"

Semua sudah siap bersedia melihat ke arah pengantin lelaki untuk mengucapkan akad nikah. Aireen melihat Zulqadree dengan perasaan bercampur baur. Puan Mawarti mengengam tangan anaknya erat, membuat Aireen tersenyum kecil.

"Aku nikahkan dikau akan anak ku Syarifah Aireen dengan mas kahwinnya, RM 1000 tunai dan seutas rantai emas."

"Aku terima akan nikahnya Syarifah Aireen dengan mas kahwinnya RM 1000 tunai dan seutas rantai emas."

"Sah?"

"Sah!"

"Sah"

"Alhamdulillah... "

Aireen dan Puan Mawarti sama-sama berpelukkan seketika. Aireen sedikit menitiskan air mata. Bukan kerana sedih tetapi.. dia merasakan lain saja apabila berkahwin ni.

Semua menadahkan tangan untuk berdoa atas perjalanan lancarnya akad nikah pada petang itu.

Zulqadree menoleh pada Aireen yang tidak jauh darinya. Dalam diam, dia tersenyum lebar dan melepaskan nafas lega. Naik berdebar jantungnya apabila dia berdepan dengan Encik Syazrul.

Bukan takur tapi pernah kena marah jugak dengan ayah mertua heh.

Tak lama lepas itu, mereka adakan sesi menyarungkan cincin dan membatalkan air wuduk.

"Assalammualaikum.. My Wife." ujar Zulqadree lembut sambil merapati wajahnya dengan wajah isteri sahnya yang baru dilafasnya tadi.

𝐌𝐑𝐒 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 𝐀𝐀𝐑𝐈𝐒 ©Where stories live. Discover now