BAB 34 ✔

10.4K 696 27
                                    

SAYANG'S

3 hari sudah berlalu, keadaan Aireen makin pulih tapi disebabkan kakinya yang masih lagi tidak boleh berjalan sepenuhnya, dia cuti dari bersekolah dan diambil cuti selama yang boleh. Cikgu faham dengan keadaan dirinya bergitu dan berita yang sudah ketahui oleh Zulqadree sendiri di camp haritu tentang siapa Zulqadree sebernanya pada Aireen mengemparkan satu sekolah dan cikgu berikan masa untuk Aireen tidak ke sekolah takut ada kekecohan berlaku.

Mereka berdua sekarang berada di dalam bilik wad Encik Syazrul. Berita tentang keadaan Puan Mawarti sudah diberikan mengatakan Puan Mawarti selamat menjalankan sesi pembedahan otak dan sudah ditukarkan ke wad biasa. Tapi masih tidak dibenarkan melawat kerana ingin melakukan periksaan sementara.

"Papa, okay? Ada sakit mana-mana tak?" soal Aireen menilik sekeliling tubuh terbaring papanya dengan risau.

Encik Syazrul menggelengkan kepala perlahan. "Papa okay. Kamu jangan risau." balasnya agak lemah. Masih sakit pada kawasan tangan dan kepalanya yang terhatuk pada cermin.

Aireen memasakan wajahnya kurang percaya. "Mana tak okaynya? Papa selalu buat bende yang menjejas keselamatan papa kan? Qadree cakap, papa balik sendiri. Tak cakap dekat kitaorang pun. Kenapa Papa buat macam tu?" soalnya berkerut marah sedikit tapi nada suara yang terkawal.

Encik Syazrul tersenyum kecil. Kepala yang menyandar pada kepala katil di ubah bagi selesa sedikit. "Bukan papa tak nak beritahu Ifah.. tapi papa dengan mama nak buatkan kejutan semperna kedatangan kami dekat kamu."

"Tapi... " Hampir air mata Aireen menitis jatuh lagi apabila mendengarkan itu. Tadi baru saja melihat wajah papanya air matanya jatuh dan Qadree menyuruhnya untuk tidak menangis di hadapan papa, nanti papa sedih. Sekarang dia peru tahan air mata tu untuk Qadree kalau taknak kena denda.

"Tapi.. tengok lah keadaan papa sekarang? Jangan lah bahaya kan diri papa. Papa tahu tak, masa Ifah dengar Papa Mama excident, hanpir hancur hati Ifah. Takut terjadi apa-apa dekat Papa Mama... jangan la buat Ifah takut.. Ifah tak sanggup kalau Mama Papa tinggalkan Ifah terlalu awal."

Tanpa di tahan menitis juga air matanya walaupun tidak banyak. Takut punya pasal apa yang dia fikir dan rasa tidak sedap hatinya membuat dia merasa akan di tinggalkan oleh Mama Papanya.

Encik syazrul mengesat sedikit pipi anak perempuannya, lembut. Tersenyum dia mendengarkannya. "Jangan nangis lah. Papa tak apa-apa. Alhamdulillah, papa selamat. Cuma Mama saja Papa risaukan sekarang.. kalau ada apa-apa jadi dengan kami, kamu masih ada Qadree.. Syareef.. diorang ada dengan kamu."

Aireen mengesat air matanya, kasar. Dia hanya mendiamkan diri. Papa tak tahu perasaan bagaimana ditinggalkan keluarga dan ditinggalkan suami. Dia tahu, dia masih ada Qadree tapi dia juga inginkan Mama Papanya juga. Dia sayangkan kedua-duanya. Kalau diberi pilihan untuk memilih antara suaminya atau papa mamanya pasti dia akan buntu sendiri. Dia sayangkan kedua-duanya. Macam mana?

"Mama akan selamat. Papa percaya tu. Papa ada ketika Mama terpelating, Papa yang pegang Mama.. Mama cakap, dia takkan tinggalkan Papa dan sekarang. Papa tunggu Mama sampai Mama boleh tersenyun pada Papa semula." ujar Encik Syazrul, tersenyum sendiri memcari kekuatan untuk kekal kuat.

Aireen tersenyum lalu dia memeluk sedikit badan papanya, erat. "Ifah pun, percaya yang Mama kuat. Mama akan selamat. Sekarang, Mama dah lepas dari kritikal. Ifah yakin Mama takkan tinggalkan Papa." katanya lembut.

𝐌𝐑𝐒 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 𝐀𝐀𝐑𝐈𝐒 ©Where stories live. Discover now