BAB 67 ✔

9.8K 550 40
                                    

SAYANG'S

"Salah"

Dia perbaiki dan teruskan menulis.

"Kau masuk tadika ke tak ni? Asal tulisan kau buruk sangat ni?"

Gigi diketap. Dia teruskan saja menulis tanpa perdulikan dia di hadapannya. Sabar...

Dia berpeluk tubuh sambil menyandar pada kerusi. "Hodoh. Baiki tulisan kau. Macam mana pengarah pertakbiran pendidikan sana nak baca tulisan buruk macam ni?"

"Kalau aku lah. Baik kasi fail je semua. Koyak terus, kertas ujian ni" sambungnya.

Kerana sudah tidak boleh bersabar lagi, dia menghentakkan meja kasar dengan dengusan kasar.

Mika senyum sinis. Dia angkat kening sebelah dengan lagak berlagak. "What?"

"Kau boleh diam tak? Kalau rasa nak aku lulus dengan berjaya, bagi aku space!" Marah Arif. Berasap kepalanya mahu menjalanankan ujian addmath ini lagi lepastu kena ganggu di lalat tak dijemput ni pula!

"Jangan marah aku kalau kau nak lulus. Ingat, kau bernasib baik sepupu aku. Zulqadree aaris yang tanggung segala persiapan spm kau. Kalau tak, kau keluar la dari penjara lagi 3 bulan nanti dengan otak bodoh. Takde kerjaya. Kena hina lagi." Bidas Mika selamba.

Takde insurans langsung mulut dia ni.

Arif menjelingkan mata ke atas sambil dia mula menyelesaikan masalah jalan kira-kiea itu semula. "Dia tu.. yakin dah pandai ke?" Omelnya perlahan.

"Memang aku dah pandai. Kau apa tahu? Nak tengok slip keputusan aku tak?" Balas Mika mengajing. Dia senyum sinis. 

"Diam la kau." Arif mengjeling tajam. Menyusahkan. 

Nak marah tapi kena sabar... nak marah, rasa nak marah. Tapi kena sabar... hm!

Mika tergelak jahat. Dia menyandar selesa pada kerusi yang sudah disediakan di hadapab letakkan penghalang cermin yang memisahkan orang untuk melawat dan banduan.

Zulqadree pernah mengatakan padanya selepas Arif jamin dipenjarakan selama 6 bulan, soal kejayanya lelaki itu mahu tanggung. Walaupun tindakkan Arif sangat teruk pada Aireen. Tetapi, lelaki itu tetap masih ada masa depannya sendiri nanti. Zulqadree tidak mahu, disebabkan dia lelaki muda itu menjalani kehidupan yang susah jika tidak ada kerjaya.

At least, dia membantu Arif dalam pendidikan dan selepas itu dia tidak salurkan apa-apa bantuan lagi. Dia perlu jalani kehidupan dia sendiri selepas ini.

"Baiki lah tulisan kau!  Sakit pula mata aku!"

"Sakit mata, takyah tengok!"

"Eh suka hati aku lah. Aku nak tengok ke tak. Mata aku!"

"Woi diam!" Polis yang menjaga di hujung dalam kawasan Arif itu menjerkah bengang. Budak-budak ni tahu mahu membuat bising sahaja.

Mika membuka kasut sukannya lalu meletakan ke atas rak kasut yang dah disediakan di tepi pintu masuk.

Dia masuk bergitu sahaja ke dalam rumah dan terpapar lah perhiasa rumah berwarna putih hitam dan meja-meja perabot sofa tersusun di ruangan tamu itu.

𝐌𝐑𝐒 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 𝐀𝐀𝐑𝐈𝐒 ©Where stories live. Discover now