BAB 28 ✔

9K 654 68
                                    

QADREE'S WIFE

"Baiklah! Untuk acara pagi ni, kita akan mendekati atas bukit secara berpasangan yang cikgu sudah tetapkan kemarin. Arahan-arahan dan syarat cikgu akan beritahu selepas kamu beratur bersama pasangan. Cepat!"

Berpusu-pusu murid lain berlari dan mengikut berbaris beratur di hadapan cikgu yang menjaga mereka beratur mengikut kata guru tadi.

Semestinya, Mika dan Aireen bersama beratur disisi kerana itula mereka tetapkan pasangan berdua. Manakala, Kyle dan Hanna pula tidak jauh dari mereka berdua cuma dia berada di barisan hadapan.

"Ak!" Kepala terdongak ke belakang sedikit apabila terasa ada yang menarik rambutnya.

"Boleh tak kau jangan ganggu, Reen?" dingin dan keras nada suara Mika berkata. Dia menepis kasar tangan Iqbal yang berpasangan dengan seorang perempuan dari kelas lain.

"Leher dia cantik sangat.. aku main la." ujar Iqbal sinis.

Aireen menelan air liur kesat. Badannya mengigil kecil. Mika pula keras pandangan matanya terhala pada Iqbal di belakang Aireen dengan senyum sinis itu. Kau ingat kau senyum macam tu, keren la?

"Don't you dare touch or look at her, bastard." ujar Mika dingin.

Iqbal angkat tangan menyerah tapi Mika tahu lelaki itu mengejeknya. Iqbal masih dengan senyuman buruknya itu membuat Mika merasa tercabar ingin menumbuk muka pecah tu supaya makin jadi buruk.

"Baiklah, semua beratur naik mengikut barisan dengan kumpulan yang cikgu bagi ni ya?"

Setiap kumpulan dari A hingga Z berserta dengan sekolah lain mengikut arahan dari cikgu mereka. Sekarang giliran kumpulan Aireen untuk menaiki apabila kumpulan hadapannya sudah bergerak.

"Jalan depan Reen. Mika jalan belakang Reen." ujar Mika mendaki sedikit perlahan ke belakang. Ada yang berlari ada yang berjalan dahulu.

Aireen angguk kecil. Dia berlari sedikit ke hadapan diikuti Mika dari belakang. Daniel yang sedari tadi hanya memerhati cuba untuk menahan amarah. Panas hatinya memandan dua ekor itu salin bersama.

Aireen yang elok berjalan, dirempuh kuat dari seseorang pada bahunya membuat dia menganjak ke tepi sedikit. Terkejut dia apabila rempuhan itu secara tiba-tiba.

"Sorryla, you tu gemuk sangat sampai halang laluan i nak lalu." ujar Amalin gedik.

Aireen mengerut kening dengan menyetuh sisi bahunya tanpa perdulikan Amalin. Dia tahu gadis itu sengaja melakukan padanya.

Tiba-tiba bahu Amalin pula dirempuh oleh seseorang dari belakang gadis itu. Terkejut kecil Amalin dengan mengadu sakit. "Ops! Aku sengaja. Yelah, banyak sangat dosa you ni sampai I orang yang baik ni nak lalu tak boleh." ujar Hanna menolak sedikit Amalin ke tepi dan mengambil tempat disisi Aireen.

Dia senyum sinis pada Amalin yang menahan kemarahan. Gadis itu hentakkan kaki terus berjalan laju ke hadapan.

"Kau okay Reen?" ujar Hanna, risau.

Aireen angguk kecil. "Takde pape. Dia bukan kuat sangat pun tolak aku."

Hanna berdengus kecil. "Kau ni kan. Takde pape, takde pape, takde pape. Kau ni baik sangat la! Cuba balas perbuatan perempuan tu, kalau dia tolak kau jatuh gaung tu ha kan dah mendapat!"

𝐌𝐑𝐒 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 𝐀𝐀𝐑𝐈𝐒 ©Where stories live. Discover now