BAB 23 ✔

11.4K 812 27
                                    

QADREE'S WIFE

"Dia buat apa apa dekat kau ke?" soal Mika pada Aireen. Dia meletakkan mangkuk mee. Bahagian tengah meja pilihannya.

Aireen diam, menggeleng. Dia melihat mangkuk mee hadapanya yang masih panas. Rasa tiada selera untuk telan makanan itu selepas mendengar kata-kata hinaan tadi.

"Makan lah. Aku penat beratur panjang sebab nak belikan mee ni untuk kau." Mika bersuara sambil menhirup sup itu.

Kyle pula lebih selesa diam sambil mulut sumbat makanan. Kalau dah makanan depan mata, memang dia tak pandang kiri kanan dah.

Aireen memegang sudu garfu itu. Dah kalau Mika berkata bergitu, takkan dia mahu menolak pula. Kesian lelaki itu sudah belikan padanya lepastu air lelaki tu pula sudah habis membazir pada baju Iqbal.

"Weh dengar cite khamis ni ada perjumpaan semua murid form 5." Kyle tumpahkan tea.

Mika dan Aireen serentak menoleh.

"Cikgu apa tu, tak ingat dah aku. Nak jumpa kita satu batch dekat dewan besar untuk berkumpul."

"Untuk apa?" soal Mika.

Kyle angkat bahu. Dia pun tidak tahu. Dia hanya menyampaikan saja.

"Macam mana kau tahu?"

Kyle menayangkan wajah monyok. Tidak perasankah mereka?

Mika mengerutkan dahi lalu mata menurun memandang pada baju Kyle. Oh.

"Kau pengawas sekolah?"

"Aah, memang aku tengah pakai baju perpustakaan pun kan?" Kyle loyar buruk.

"Mana la aku perasan. Baju pengawas sekolah kita warna pink eh?" Mika tersenyum sinis tapi dalam hati ingin tergelak.

"Kau diam. Aku terpilih la. Bukan aku nak pun tapi kira okay la aku pengawas sekolah baju dia pun segak jugak dari baju sekolah pustaka, warna biru."

Mika tersenyum sinis dengan kepala mengeleng kecil. "Suka hati kau la Mika, asalkan kau bahagia."

Aireen mendengar saja perbualan dua lelaki dihadapannya sekarang. Dia juga baru sedar yang Kyle seorang pengawas sekolah. Oh yelah, dia ada seorang saja pengawas sekolah dalam kelasnya. Rupanya itu, Kyle sendiri.

"Eh kawan kau mana?" soal Mika padanya membuat dia tsrsentak.

"Dalam kelas.. "

"Makan cepat. Nanti, dia tahu kau lambat ni mesti dia merajuk dengan kau pula sebab tinggalkan dia. Kau ada beritahu nak rehat dengan aku tak?"

Pantas Aireen menggeleng. Mika mengangguk pula. "Makan cepat."

"Bro, kau paksa dia makan sekali nge kita ke macam mana?" soal Kyle apabila mereka berdua sudah habis bercakap.

"Aah." jujur Mika, tanpa rasa bersalah. Aireen pula diam menhabiskan makanannya dengan cepat. Tak terlalu gelojoh, tak terlalu cepat.

Kyle terlopong. Budak ni memang tak tahu malu langsung. Ni dikira penculikkan hanya untuk teman makan sekali ke macam mana.

"Weh belikan air untuk aku."

𝐌𝐑𝐒 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 𝐀𝐀𝐑𝐈𝐒 ©Where stories live. Discover now