BAB 33 ✔

11.3K 799 156
                                    

SAYANG'S

Tangan lembut isterinya di usap perlahan. Wajah lena Aireen di tatapnya lembut. Rindu. Ya, itu boleh dia katakan sekarang. Walaupun sudah seminggu kejadian itu berlalu tapi khabar gadis itu hilang tempoh hari membuatkan dunianya merasa tidak lagi bermakna untuk dia hidup. Hanya tuhan saja yang tahu bertapa hancur hatinya mendengarkan khabar isterinya hilang ke dalam hutan. Sekarang, semuanya sudah selesai. Isterinya sudah dijumpai.

Mata merenung tangan kecil yang sudah disuntik IV. Kesian isterinya. Sekejap mata merenung pula pada wajah pucat gadis itu.

"Sayang... kesian sayang. Muka pucat." Bisiknya sambil diusap kepala Aireen, lembut.

Korang jangan ngada-ngada cakap dia dah mati atau koma. Budak ni tidur je. Aku je mengada-ngada. Nak mengada dengan isteri sendiri pun tak boleh!

Mata menjeling pada jam dinding. Sudah nak dekat pukul 10 malam, dia belum melawat budak sorang lagi. Zulqadree bangun dari kerusi. Sekilas dia mengucup dahulu dahi isterinya dengan lembut.  "Sayang tidur ya. Abang nak keluar kejap." katanya tersenyum kecil.

Dia mengemas katil itu sedikit lalu dia berlalu ke pintu slide. Dia menuju ke wad lelaki pula di tingkat 3. Manakala, wad perempuan yang ditempatkan Aireen di tingkat 2.

Keluar saja dari lift. Dari jauh dia melangkah pernampak kan seorang pengawal bersuit baju hitam t-shirt polo berdiri di hadapan pintu bilik wad VVIP. Melihat saja kelibat dirinya mendekati mereka berdua, lelaki itu memberi laluan untuk dia masuk.

Terus berubah wajahnya apabila melihat keadaan lelaki muda itu bergitu teruk. Tidak berbaju dan berbalut di bahagian bekas tikaman dan topeng oksigen di pakaikan.

Jelas wajah pucat pada Mika kerana kekurangan banyak darah. Calar balar dari muka sehingga ke bawah kakinya akibat terkena goresan ranting kayu ketika jatuh dan sebagainya yang dilalui.

Zulqadree teringat akan kata-kata doktor lelaki yang merawat Mika apabila ambulans cepat-cepat menghantarkannya ke sini. Mereka mengatakan Mika akan koma untuk sementara waktu.

Luluh hatinya mendengarkan itu. Apa yang akan dikatakan Ummi, ibu saudaranya jika melihat keadaan anaknya bergini. Pasti hati wanita tua itu akan kecewa.

Zulqadree mengeluh kecil. Bukan setakat Ummi tetapi

Lelaki itu perlu di bedah, jahit sebanyak 12 jahitan pada abdomen. Dan tambahan darah pada badan. Saluran pernafasan Mika juga terjejas akibat banyak bergerak dalam keadaan darah mengalir keluar membuat lelaki itu sesak nafas. Sudah lah, Mika mempunyai asma.

Terlepas nafas berat pada mulutnya. Rasa bersalah dan kasihan melihat keadaan adik sepupunya bergitu. Pasti Harraz terkejut dengan keadaan adiknya jika dia tahu bergini keadaan Mika sekarang. Sudahlah lelaki itu di luar negara mengejakan kerja kompeninya di sana.

Tak pasal-pasal balik menyusahkan diri sendiri untuk menjenguk Mika. Tapi, itu kan adik dia. Memang patut pun lelaki tu balik. Tapi, taknak menyusahkan.

"Mika!"

Zulqadree pantas menoleh pada suara yang menjerit kerisauan.

Ayuni mendekati katil menempatkan Mika. Jelas wajahnya risau dan bimbang dengan keadaan adiknya itu. "Mika... kenapa dengan Mika? Siapa buat Mika sampai jadi macam ni sekali?" soalnya memegang erat tangan lelaki itu.

𝐌𝐑𝐒 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 𝐀𝐀𝐑𝐈𝐒 ©Where stories live. Discover now