BAB 31 ✔

9.8K 663 65
                                    

SAYANG'S

Karl menahan tangan Zulqadree itu dari terus mengacukan muncung pistol pada kepala polis itu. Tertelan air liur polis itu, kaku. Tergamam dia apabila di ugut bergitu padahal dia ada sahaja senjata tetapi entah kenapa, dia menjadi takut dengan renungan dingin dan suara tegas lelaki itu ucapkan.

Agak terkejut lelaki itu membawa senjata ke sini. Ah, siapa tak kenal Qadree? Dari dulu dia mengenali kawannya ni, selalu membawa pistol kesayangannya ke mana-mana.

"Qad, sabar. Kita cari isteri kau. Sekarang ni aku nak kau tenangkan diri kau dan simpan la pistol kau tu, kau bahaya dan takutkan orang sekeliling." ujarnya menahan tangan itu ke bawah.

Zulqadree mengerus kasar sebelum menyimpan semula pistol itu ke tempat asal. Wajah Karl di pandang. "Uruskan adik kau. Sebelum aku sendiri yang kerjakan dia." katanya dingin lalu membawa pergi dari situ.

Karl menghembuskan nafas panjang. Bukan dia takut tapi memang tindakkan Daniel membuat perkara seperti itu semestinya kena memberi hukuman.

Daniel dari jauh sudah di marahi oleh seorang guru yang bertanggungjawab menjaga murid disini. Mendengar segala pengakuan dan luahan lelaki itu, Daniel menjadi bahan bisikkan pelajar di sekeliling.

Daniel diam, tidak meriakan wajah apa-apa. Hanya kosong. Dia sudah mengaku dan semuanya rancangan pasti akan hancur hanya kerana kesalahannya ini. Karl yang melihatnya dari jauh, dia hanya mengabaikan pandangan mata tajam itu. Biarlah, dia nak kecewa dengan aku pun.

"Cikgu, maafkan saya kerana menyampuk tapi dia Daniel, adik saya. Biar kami yang uruskan semua ni. Cikgu boleh uruskan pelajar yang lain untuk bergerak pulang kalau itu yang cikgu harus lakukan sebab hanya kejadian ni belaku harini. Kehilangan Syarifah Aireen dan Adry Mikael masih lagi belum dijumpai, jadi saya harap cikgu boleh beri kerjasama."

"Macam mana kamu nak buat semua tu? Cikgu dah panggilkan polis dan pihak keselamatan yang menjaga disini untuk boleh mencari mereka berdua. Ada masih lagi dua pelajar yang hilang secara tiba-tiba. Arif Safwan dan Iqbal Hakimi." balas Cikgu itu.

Karl menoleh pada Zulqadree di belakang yang memeluk tubuh. Cuaca panas matahari waktu petang itu tidak langsung menganggu keteraman mereka tetapi bila dah marah dalam keadaan cuaca panas, makin panas la hati tu.

"Biar aku yang uruskan. Aku akan panggil diorang untuk mencari. Karl, bincang dengan pihak polis perkara yang perlu buat. Kau tahu kan? So, Aku take over." ujar Zulqadree, serius.

Karl mengangguk, faham.

Pisau dipusing menghadap keselesaan cara pegangnya. Tajam matanya merenung dua manusia yang salin melindungi itu. Makin panas hatinya. "Kau takkan dapat lari dari aku, Reen... selagi aku masih hidup, aku akan tetap kacau kau." ujarnya menjilat bibir sendiri.

Aireen mengigil takut. Kuat cemkaman tangannya pada belakang baju Mika. Mika mengetap rahang. "Jangan nak bermimpi lah, setan. Orang macam kau lebih baik mati dalam keadaan terseksa. Atas tangan aku. Kalau kau cuba-cuba dekat dengan dia."

"Kenapa? Sebab, kau suka dia ke? Aku pelik dari awal kau datang sekolah ni, kau terus rapat dengan Reen. Macam dah lama kenal. Apa hubungan korang ek?" Iqbal terus berbual dengan kaki sedikit demi langkah mendekati.

"it has nothing to do with your dead life."

"Woo.. ngeri. Aku syak kau datang sini hanya untuk perempuan tu je. Ye tak, Reen? Mesti lepas mak bapak kau dah pergi haji sana, abang kau takde.. abang kau upah Mika untuk kau kan? Kalau tak, kau takkan layan lelaki pada mula kau kenal kan? Macam aku.. "

𝐌𝐑𝐒 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 𝐀𝐀𝐑𝐈𝐒 ©Where stories live. Discover now