BAB 52 ✔

11.6K 698 255
                                    

SAYANG'S

Kehulur - kehilir Zulqadree tidak tenang dari tempat dia berdiri dari luar bilik permedahan itu. Menunggu isterinya untuk menjahit sebahagian dahi yang terkoyak dan luka-luka yang lainnya.

Karl yang tengok pun dah pening. Dia juga sudah selesai dari merawat luka pada lengannya akibat tembakkan tadi. Dia hanya tercalar sahaja, nasib tidak tembus masuk ke dalam.

"Boleh tak kau duduk diam? Aku pula pening tengok kau ni tak reti duduk diam," tegur Karl bosan.

"Cuba kau kahwin? Kau akan rasa perasaan bila dah beristeri ni. Macam separuh nyawa kau dibawa tarik keluar dari badan tahu tak?" balas Zulqadree resah.

Karl memutarkan berbola mata hitamnya ke atas. Aku pun ada adik, aku pun boleh rasa kehilangan kalau adik aku tu tak mati dikerjakan kau. Ah lantak kau lah. Nasib budak tu hidup lagi, kalau tak dah lama aku kerjakan kau.

Melihat pintu bilik itu terbuka dan doktor mengorak langkah keluar pantas Zulqadree mendekati doktor wanita itu. "Macam mana dengan isteri saya?"

Doktor itu senyum. "Semunya berjalan dengan baik. Isteri encik tiada apa-apa kecederaan parah. Dahi pun dah dijahit. Lebam-lebam pada muka atau lengan tangan sudah saya obati. Nanti kami pindahkan isteri encik ke bilik wad untuk masukkan air dalam badan."

Zulqadree melepaskan nafas lega. Dia angguk kecil pada doktor wanita itu kemudian meminta diri untuk pergi.

Karl bangun dari duduk disitu. Dia menyentuh bahu kawannya perlahan. "Kau dah beritahu mama papa, mommy daddy kau ke?" soalnya.

Dia menggeleng. "Belum. Nanti-nanti aku beritahu diorang.. "

"Yelah,"

Tangan mengusap lembut kepala terdedah Aireen

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tangan mengusap lembut kepala terdedah Aireen. Zulqadree membaiki sedikit kain komfeter itu ke paras dada isterinya. Mata yang masih belum terbuka itu direnungnya dengan senyum kecil.

"Im sorry sayang.." Ibu jari mengusap-ngusap pipi mulus itu lembut.

Sepenuh hati dia menjaga gadis kecilnya dengan baik sepanjang dua hari berada di hospital itu. Hal sekolah isterinya lain kali sajalah dia uruskan. Kondisi Aireen masih lagi belum pulih dan isterinya pun belum sedar.

"Sayang duduk sini kejap eh. Abang nak pergi lain kejap," Dahi licin Aireen dikucup lama sebelum pipi itu diusap kasih.

Dia keluar dari bilik wad itu. Perihal ini pun belum diketahui oleh mommy dan mama mertuanya. Tak perlu dia buat mereka risau dan biarlah dia selesaikannya sendiri.

Sampai dimana dia ingin pergi. Pintu wad itu ditolak ke tepi. Dia menampak masuk ke dalam bilik wad itu.

"Mika.."

𝐌𝐑𝐒 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 𝐀𝐀𝐑𝐈𝐒 ©Where stories live. Discover now