BAB 1 ✔

48.5K 1.8K 257
                                    

SAYANG'S

Bunyi Alam bergema ke seluruh bilik itu mengejutkan dia dari terus bermimpi. Mata di celikkan membuka paksa. Sinaran matahari yang menembusi masuk ke dalam biliknya itu sangat menyilaukan mata.

Badan digagahkan jua untuk bangun. Badan sedikit sakit itu bangun dengan lelah. Mata masih tertutup kerana masih mengantuk.

Huarhh...

TOK! TOK ! TOK!

Tersentak dia apabila mendengar bunyi ketukkan pada pintu bilik. Terbuka luas mata ni sejenak sebelum perlahan-lahan tertutup semula.

"Ifah! Ifah! Woi, bangunlah anak dara! Tidur je kerja kau ni!"

Aireen mengomel kecil. Menyahut malas. Dia baring semula pada katil dengan memeluk batal busuknya.

Tiba-tiba dia samar-samar mendengar bunyi pemegang tombol pintu di pulas kasar beberapa kali sebelum kelamaan kembali senyap semula.

"Wo! Ifah!"

"Iyee!" Terkejut. Aku menoleh pada abang yang memegang kain komfeternya dengan wajah garang.

Patutlah rasa kosong.

"Hey..hey bangun Ifah.. awak lambat pergi sekolah ni!" Syareef menepuk pipinya sedikit lembut. Taknak bagi budak ni sambung tidur balik.

Aireen berdengus kecil lalu menepis perlahan ke tepi. Tahu tak sakit? Tangan dahlah besar, kasar pulak tu lepastu tepuk-tepuk pipi orang macam tu.

Dahlah bekas lama masih ada lagi kat pipi ni.. Mana tak sakit?

"Ape abang ni? Ifah nak tidur sikit agi" katanya merenget untuk kembali tidur. Badan sedia jatuh atas katil semula.

Tetapi Syareef bertindak menarik kedua tangannya dengan pantas spontan badan terbangun dan berdiri di hadapan lelaki itu.

Muka di cemberutkan. Apa la ganggu orang tidur.. awal lagi. Haihh..

"Mandi budak gemok. Ifah lambat pergi sekolah nanti." Katanya mengcekak pinggang.

Mendengarkan kata lambat. Terus terbuka luas mata Aireen. Segera dia melihat pada jam di atas meja bersebelah katilnya.

Pukul 6.30 pagi!

"Kenapa abang tak kejutkan dari tadi!" Jerinya keresahan. Malas mahu menunggu respon orang tua ni. Dia terus bergi ke dalam bilik air untuk bersiapkan diri. Nasib tuala mandinya sudah dia sangkut dalam bilik mandi siap-siap.

Kalau aku lambat.. mesti---

"Ha! Cepat sikit. Lambat abang tinggal."

Berkerut dahinya apabila mendengarkan suara mengejek ketawa kekeh di luar dan diakhir katanya dengan gelak kecil.

Apa yang kelakarnya abang!? Orang dah lambat ni!

Dalam 20 minit bersiap, Aireen turun ke bawah dengan berpakaian baju kurung lengkap beruniform sekolah meneruni tangga. Kaki menuju ke dapur dengan tergesa-gesa.

Pernampakan Mama iaitu Puan Nor Mawarti berada di dapur seperti memasak sesuatu. Matanya bersinar-sinar melihat gelas kaca panjang berisikan susu segar yang berada diatas meja, segera dia mengambilnya lalu meminumnya rakus.

Oh ya, abangnya turut ada sekali di meja makan, sedang minum kopi. Aik? Tak kerja ke? Kan dah lewat ni.

"Kenapa tergesa-gesa sangat tu Ifah?" soal Mama. Ditangannya pula ada sebuah mangkuk yang berisi mee goreng basah, baru saja sudah di goreng dan diletakkan ke atas meja makan.

𝐌𝐑𝐒 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 𝐀𝐀𝐑𝐈𝐒 ©Where stories live. Discover now