BAB 65 ✔

10.3K 615 13
                                    

SAYANG'S

"Apa kau buat dekat sini?"

Naik meremang badan Aireen apabila suara mendatar dan dingin suaminya itu kedengaran di sebelahnya. Macam dia pula kena soal macam tu. Eee.. tak sanggup.

Silap hari bulan, boleh menangis dia.

Ayuni menekup pandangan ke lantai. Bibirnya diketap kuat apabila itu disoal oleh sepupu sendiri. Sekilas kepala dongak memandang Aireen di sisi Zulqadree.

"Reen.. "

"Kau kenapa? Jangan dekat dengan isteri aku!" Tangan Zulqadree pantas menghalang laluan Ayuni untuk cuba mendekat pada isterinya.

"Please.. Qad, I nak jumpa Reen. I nak jumpa Isteri you." Rayu Ayuni.

"Kenapa ni?" Mereka menoleh pada gerangan suara menegur dari belakang. Puan Mawarti dan suami turun dari tangga mendekati sepasang tiga manusia di muka pintu itu.

Mereka berdua baru sahaja sudah habis solat maghrib apabila mendengar bunyi bising di bawah lekas mereka turun untuk melihanya.

"Siapa ni?" soal Puan Mawarti tuju pada gadis bertudung likup dan berjubah hitam itu.

Zulqadree masih dengan perasaan dinginnya. "This is.. Ayuni. My cousin." Jawabnya mendatar. Dia susah untuk mengaku tetapi Mama mertuanya menyoal, takkan dia mahu menipu?

Puan Mawarti mengangguk. "Habis tu? Kenapa berdiri di tengah pintu tu, kenapa tak masuk?"

Ayuni pantas menggelengkan kepala dengan senyumannya. "Takpa, auntie. Saya nak jumpa Reen aje." Katanya segan. Halang dari orang tua tu menjemputnya masuk.

"Eh takpa. Meh-meh masuk. Kita dinner sekali. Qad, Reen.. dah pergi solat sana. Kita makan, nanti kita bincang." Lembut dia mengajak anak muda itu untuk menjemput masuk.

Dia tahu, menantunya pasti ada masalah dengan sepupu perempuanya itu tapi sepupu menantunya itu adalah tetamunya juga, tak baik buat tetamu terbiar di tengah malam dan diluar rumah. Baik dia menjemput makan dahulu baru berbincang hal ini.

Zulqadree mendengarkan itu, mendengus kecil. Dia tiada hak untuk menghalang jemputan dari mama mertuanya. "Jom, sayang." Tangan kecil Aireen di tarik ke dalam genggaman untuk naik bilik mereka.

Aireen yang hanya terkebil-kebil, mengikut sahaja langlah Zulqadree. Sekilas dia melihat pada Ayuni di muka pintu. Ditinggalkan sendiri.

Ayuni menghela nafas lemah. Tampak dari wajah dan angin Zulqadree, dia berasa tipis keyakinannya ingin meneruskan tujuanya ke sini. Lagi-lagi, Mama Aireen menjemputnya makan pula, lagi lah lelaki itu benci melihat mukanya. Dia ingat lepas jumpa, ingin terus pulang.

"Awak kenapa?" soal Aireen hairan melihat tingkah Zulqadree bergitu.

Dia menghela nafas. "Kenapa dia datang balik eh? Dia nak apa lagi?" soal Zulqadree sendiri, kasar.

"Kenapa dengan dia?"

Zulqadree menoleh tajam pada isterinya. "Sayang lupa? She hurts you! Dia cekik sayang. Dia tolak sayang. Dia upah orang untuk langgar sayang! Aku tak boleh terima apa yang dia buat. She just wants you to die!"

𝐌𝐑𝐒 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 𝐀𝐀𝐑𝐈𝐒 ©Onde histórias criam vida. Descubra agora