BAB 32 ✔

9.9K 745 86
                                    

SAYANG'S

Arif mengusap lembut pipi Aireen. Air mata yang membasahi pipi mulus itu perlahan-lahan dia mengelus lembut untuk hilangkan air mata itu. "Kau cantik bila nangis, Reen."

Aireen menangis lagi. Dia takut. Kenapa lelaki ni sempat mengejarnya? Dari mana dia datang? "A-Aw.. awak nak apa?" soalnya gementar ketakutan.

"Aku?" Arif berfikir sejenak. Jelas matanya ralit merenung segenap wajah itu sedikit comot tapi masih cantik di matanya.

"Kau tahu.. Aku tak suka kau pun, Reen." katanya jujur. Sedikit perlahan esakkan Aireen apabila mendengarkan luahan secara tiba-tiba tetapi dia tidak henti dari menronta dari pegangan kuat itu.

"Kau tak pernah sakitkan aku. Atau, mainkan aku. Adam dengan Iqbal saja yang beria.. "

"Habis tu kenapa awak buat saya macam ni! Kalau awak tak suka saya, Lepaskan!" Rontanya lebih kuat untuk lepaskan dari cemkaman tangan Arif.

"Diam! Beri aku jelaskan dulu!"

Aireen diam, dia mengetap bibir. "Aku orang suruhan abang kau. Syareef kan?"

Terhenti rontaan itu. Dia mendongak memandang wajah Arif. "A-apa?"

"Aku orang suruhan abang kau. Abang kau keluar ke luar negara kan? Sebelum dia bertolak, dia ada jumpa dengan abang aku. Bila dia dapat tahu, aku sebelah kelas kau dan aku sekolah sama dengan kau. Abang kau arahkan aku untuk jaga kau dari jauh!"

Aireen tergamam.

"Tapi kau tahu.. disebabkan Daniel tu kawan baik aku, aku ikut je segala perbuatan dia pada kau. Aku tak enjoy semua tu selepas abang kau arahkan aku jaga kau. Masa kau spray ubat nyamuk dekat muka diorang tu, aku ada sekali tapi aku hanya tengok dari jauh... aku tahu perbuatan kau masa tu tapi aku diam."

"Ke-kenapa?"

"Sebab.. aku taknak Daniel shak aku ada di pihak kau. Aku taknak persahabatan kami hancur hanya disebabkan arahan abang kau ni tapi akibat aku juga sayang abang aku, aku hanya boleh tengok kau dari jauh dan tipu abang kau yang kau tiada langsung masalah."

Aireen menggeleng kepala. Tidak percaya. Tidak percaya sanggup abangnya mengupah Arif untuk tengok dia dari jauh. Tapi, apa gunanya Qadree? Dia dah ada suami, dia sudah ada Qadree untuk jagakannya. Tapi kenapa abang Reef mengupah Arif pula?

Abang.. tak percayakan Qadree ke?

"Kal-kalau awak orang suruhan abang saya.. mesti awak tahu-"

"Aku tahu kau dah berkahwin. Aku pun ada masa akad nikah kau." Pintas Arif membuat Aireen terkedu. Jelas wajahnya terkejut. Dia tidak perasan semua tu.

"Kalau macam tu. Le-lepaskan saya!" Dia meronta. Dia sudah tahu siapa Arif. Patutla dia tidak nampak sudah kalau Daniel menghajar dirinya. Lelaki tu ada tapi hanya melihat.

Arif menggeleng kepala. "Aku tak boleh lepaskan kau." ucapan lelaki itu membuat Aireen mengerut dahi, tidak mengerti.

"Kenapa? Tolong la.. Arif.. lepaskan saya.. Mika. Mika.. saya kena tolong dia.. " rayunya.

"Kau takkan berjaya. Mika akan mati."

Aireen tersentak. Dia meronta dengan kuat. "Tak! Mika takkan mati! Dia kuat. Saya percayakan dia. Lepaskan! Lepas!!!"

𝐌𝐑𝐒 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 𝐀𝐀𝐑𝐈𝐒 ©जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें