BAB 39 ✔

9.7K 644 80
                                    

SAYANG'S

3 bulan kemudian dan perkahwinan antara Zulqadree dan Aireen sudah genap empat bulan mereka dirikan rumah tangga bersama. Lagi dua bulan Aireen akan menghadap ujian peperiksaan SPM akhir tahun.
Kondisi Mama dan Papa Aireen pula sudah sembuh beberapa bulan yang lalu dan juga 3 bulan lepastu kaki Aireen juga samakin membaik dan dapat berjalan seperti sediakala.

Sudah lama mereka hidup berdua tanpa ada sebaran gangguan, kehidupan mereka juga bahagia walaupun Aireen terpaksa di hentikan sekolah oleh Zulqadree sendiri kerana kesihatan gadis itu tapi dia akan di masukkan semula ke sekolah apabila tiba mahu mengambil ujian nanti dan Zulqadree takkan biarkan Aireen jauh ketinggalan seraya menghantar gadis itu ke pusat tusyen dan berlajar di rumah sahaja.

Alasan apa pun dia tidak tahu tapi itu keputusan Qadree sendiri.

"Sayang?"

Zulqadree mencari Aireen serata tempat rumahnya tetapi sudah banyak pintu dia rempuh masuk takde juga. Kemana budak pendek tu pergi pun tidak tahu.

"Sayang!" Dia menjerit lagi lebih kuat dari tadi.

"Ya! Saya kat bawah ni!" Mendengar sayup-sayup laungan kecil itu. Zulqadree turun dari tingkat atas dan menuju ke luar halaman rumah.

Naik senyuman kecil dibibirnya melihat isterinya berada di belakang rumah. Dia mendekati gadis itu. "Hei.. sayang buat apa?" soalnya mengambil tempat di sisi gadis itu sambil mencakung.

"Comel lah kucing ni. Comel la abang!" ujar Aireen teruja.

"Abang bukan comel, abang handsome je."

Aireen terus menepuk bahu Qadree, geram. Lelaki itu ketawa kecil. "Eee saya bukan maksudkan dekat awak lah! Saya cakap kat kucing ni." ujarnya.

"Yelah sayang. Comel. Tapi, sayang lagi comel."

Sekali lagi, bahu Qadree di pukul. "Serius la..." Aireen menjeling manja, suka betul puji orang. Aish aku ni dah la tak suka orang puji bukan apa nanti blushing!

Lagi-lagi yang puji tu suami sendiri! Argh!

"Betullah. Sayang memang comel pun. Ni,ni tomel tomel." Pipi Aireen di cubit-cubit geram. Suka dia dengan pipi gepu putih milik isterinya. Lagi-lagi masa tengah gomol muka tu. Eee geram!

"Jangan lah.. sakit." Aireen menepis lembut jari Qadree terus dia menoleh pada kucing putih tadi tapi haiwan itu sudah bergerak pergi masuk ke dalam semak di sebalik pagar.

"Meow!"

"Eh eh!"

Aireen menerung saja kucing itu berlari pergi. Naik masam wajahnya apabila dia belum sempat mengelus lebih lama badan dan bulu kepunyaan kucing putih tadi.

Zulqadree hanya tersenyum saja melihat.

"Awak! Tengok, kucing tu dah larii.." ujarnya menarik-narik lengan Qadree.

"Biar la hewan tu lari."

"Apa? awak cakap apa?"

"Hewan?"

"Kenapa hewan?"

"Kan nama dia hewan."

"Ha? Dia dah bertuan ke?" Aireen mencebik.

𝐌𝐑𝐒 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 𝐀𝐀𝐑𝐈𝐒 ©Where stories live. Discover now