BAB 22✔️

12.4K 807 109
                                    

QADREE'S WIFE

"Kau siapa?"

"Kau kesah ke?"

Daniel mengempal penumbuknya berdepan dengan lelaki yang tidak dikenali itu. Datang dekat orang, main tepis kasar tangan aku.

Alah kau pun datang kelas orang, main tarik rambut orang pehal.

"Kau jangan nak menyibuk hal aku." keras suara Daniel. Tajam panahan matanya pada Mika.

Mika hanya beriak biasa tanpa rasa ketar berhadapan dengan Daniel. "Look, aku baru pindah tau. Cuma.. kau berpelakuan kasar dengan classmate aku. Mana aku tak naik campur."

Mika menolak badan Daniel keluar dari kelasnya. Kedua-dua pintu itu dipegang. "So.. maybe kau pergi berkasar dengan member kau ke? Kan. Jangan la berkasar dengan perempuan.. tak baik. Blah." Selepas berkata bergitu, terus tangannya laju menutup pintu kelasnya tanpa sempat Daniel menahan.

"Hanna, tutup pintu."

Hanna baru tersedar apa yang sedang berlaku terus berlari ke bahagian hadapan kelas untuk menutup pintu depan. Mika menguci pintu belakang lalu dia melepaskan lelah.

Pagi-pagi dah buat hal.

Dia menoleh pada Aireen yang diam memegang kepala sendiri. Masih sakit pada rambutnya mungkin.

"Em... nama kau Hanna kan?" soal Mika pada Hanna membuat gadis itu tersentak.

Hanna menunjuk pada dirinya sendiri lalu dia berpaling ke belakang. Mana tahu lelaki tinggi, hensem, bergaya dan putih itu bercakap dengan orang belakangnya ke?

"Dalam kelas ni kita bertiga je ada." ujar Mika.

"Oh ya? Ha, saya Hanna. Kenape?"

Mika mengedipkan matanya sekali. "Kau duduk tempat lain boleh tak? Sebab, aku nak duduk tempat kau. Ni tempat kau kan?"

"Ha? Tempat saya?" Tempat kerusi duduk disebelah Aireen ditolehnya sekilas memandang pada wajah Mika semula.

"Ta-tapi.."

"SIAPA KUNCI PINTU NI WOI!"

Terdengar jeritan budak-budak dari kelas mereka, menendang-nendang pintu kayu itu sedikit kasar. Hampir berbelas jugak lah beratus nak masuk ke dalam.

Hanna terus membukakan pintu yang sudah dia kunci tadi. Waduh.

"Kau pehal kunci pintu?" soal Ketua Kelas, Fazriq.

Hanna tersengih. "Sorry. Taknak bagi setan masuk tadi."

"Mengarut ape kau? Dah, pergi duduk." Hanna kembali pada tempat duduknya kembali. Sekali berpaling, lelaki bernama Mika itu sudah hilang bayangannya. Aik, kemana lelaki tu pergi.

"Reen, kau okay tak? Sorry, aku terkejut sangat bila Daniel buat macam tu dekat kau tadi. Aku nak tolong tap-"

"Takpe, Hanna. Aku okay. Erm.. lepas ni kita pergi tandas tau." Pintas Aireen, perlahan tetapi urat rambutnya masih lagi sakit dan kepalanya mula pening.

𝐌𝐑𝐒 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 𝐀𝐀𝐑𝐈𝐒 ©Where stories live. Discover now