BAB 25 ✔

13.2K 733 101
                                    

QADREE'S WIFE

"Take care, Ifah. Nanti abang balik abang bawak balik barang dari sini. Ifah nak apa?"

"Abang beli laa apa-apa, Ifah tak kesah. Asalkan abang jaga diri dekat sana tuu."

"Hahaha yelahh, ifah ni kan ada je yang dia tak taknak."

"Nak buat cam mana. Bukan Ifah ikut abang pun pergi sana boleh la Ifah kikis duit abang beli apa yang Ifah nak!"

Terdengar suara ketawa kecil Syareef dihujung sana. Tersenyum Aireen mendengarnya. Dia menelefon abangnya yang berada disana apabila mendapatkan texts yang abang chat waktunya free, nasib la disana dia sedang bercuti seketika jadi nak tidur lewat ke takpelah, sebab disana malam. Abang call dia pula waktu pagi macam ni.

"Eh abang tutup dulu tau. Ifah jaga diri , jangan nakal-nakal. Tak kesian ke dekat Qadree tu?"

Cemberut habis wajah Aireen. "Tahulah. Mana ada macam tu.. " Syareef tergelak. "Okaylah, bye adik abang. Take care!"

"Byebye! Assalammualaikum."

"Waalaikumusalam."

Panggilan dimatikan. Aireen merenung telefonnya sendiri selepas tu. Makin membuak rindunya pada ahli keluarganya yang jauh disisi. Tapi, Sedikit sebanyak rasa rindunya berkurang selepas mendengar suara mereka.

"Sayang."

Aireen menoleh ke belakang. Hampir terbeliat anak matanya memandang keadaan Zulqadree ketika ini. Terus dia berpaling ke hadapan semula. Mukanya memerah.

"Sayang tengok apa? Jom, la makan. Abang dah siap masak."

"Am.. Awak.. pergi la dulu. Saya nanti turun sendiri.. " Aireen mencari alasan untuk tidak melihat Zulqadree.

Berkerut wajah Zulqadree. "Kenapa? Ada nak cari pape ke?" soalnya sambil mendekat lagi dengan isterinya. Tersentak Aireen melihat Zulqadree berada disebelahnya.

Melihat wajah Aireen yang kemerahan, Zulqadree menayang wajah bingung sebelum dia menoleh pada badan sendiri. Dia tersenyum dengan sengih nakal. "Sayang tengok apa.."

"Ha.. mana ada." Kepala menoleh ke arah lain. Bukan apa.. tapi Zulqadree tidak pakai baju tapi ditutup dengan memakai apron memasak! Dan, ia nampak.. comel dan sexy ! Ergh!

Aireen menjerit dalam hati. Kenapa dia nampak suka dengan semua tu?!

"Hahahaha sayang nii. Nak malu apaa?" Zulqadree menarik badan isterinya berpaling padanya. "I love you, my wife."

Berdengup laju jantung Aireen mendengar luahan secara tiba-tiba. Mata terkebil-kebil memandang wajah kacak Zulqadree. Kenapa tiba-tiba luah ni!

"Baru perasan la abang pakai apron lepastu tak berbaju pula tu." Dia menanggalkan apronnya. Dan, hanyalah tinggal badan bidang tegap Zulqadree dihadapannya.

Aireen terus menutup mata sendiri sambil terjeritan kecil. "Apa awak ni! Kenapa tak pakai baju.. " Dia berpaling ke arah lain.

"Hm? Abang tak sempat nak cari baju la, sayang. Sayang carikan untuk abang boleh?"

"Ke-kenapa tak sempat pula?"

𝐌𝐑𝐒 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 𝐀𝐀𝐑𝐈𝐒 ©Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum