BAB 54 ✔

9.3K 617 53
                                    

SAYANG'S


Seminggu lepas itu, Aireen dimasukkan ke sekolah semula. Kedatangan diri gadis itu banyak pelajar-pelajar yang lain menatap dan memandangnya dengan pelbagai pandangan aneh. Tidak tahu kata mengumpat dirinya atau bercakap baik tentangnya.

"Abaikan mereka." ujar Mika mendatar sambil tangan memegang sebuah roti jagung. Lapar siot.

Aireen hanya mendiamkan diri. Di dalam hati, tidak tahu bagaimana dia ingin teruskan belajar kalau bergini la keadaan orang sekeliling anggapnya teruk.

Padahal dia tidak lakukan kesalahan pun..

"Kyle beritahu aku, semua dah tahu kau dah kahwin. Terutama sekali yang ada time Camp haritu. Batch kita." Mika bersuara sekilas menjeling pada Aireen di sisinya.

Seperti biasa tugasnya adalah satu iaitu menjaga gadis itu, tidak kira Daniel yang lain sudah tiada atau tidak tapi masih ada lagi yang terlepas.

"Reen!"

Hanna terus mendapatkan Aireen apabila mereka sudah sampai ke kelas. Dia sedikit teruja melihat kawannya itu. Sudah lama tidak bersua muka.

Berkerut wajahnya melihat ada tampalan kapas pada dahi Aireen. "Dahi kau ni kenapa?" Dia menyentuh tempat itu sikit.

Aireen senyum. "Aku jatuh tangga.. terhatuk je." ujarnya lembut.

Terkejut Hanna. "Ini kau kata terhatuk je? Weh! Kau jatuh tangga mana ni, tak sakit ke sampai terjahit macam ni. Dah lah rumah kau tangga separuh kaca, kau okay tak?" Kalut dia pada kawannya itu. Terlalu mengambil ringan tentang hal besar!

"Aku okay.. dah berminggu lepas dah sekarang dah baik nanti aku kena buka jahitan lepas dah habis tarikh dia." Aireen tersenyum pada Hanna. Terharu kawan baiknya dari form 1 lagi masih lagi kekal menjadi kawannya sehingga sekarang masih mengambil berat.

Hanna menjuih bibir. Langsung tiada perubahan pada kawannya itu. 

"Hanna, mana Kyle?" Tanya Mika mencari lelaki pengawas itu seperti tiada dengan Hanna.

Hanna menjongket bahu. "Aku tak tahu. Biasa dia datang awal, harini lewat pula"

Apabila separuh dari classmatenya masuk. Terkejut Aireen apabila ada yang datang menyerbu pada tempat duduknya.

"Reen, kau betul ke dah kahwin?"

"Aah lah, betul ke?"

"Handsome siot laki kau masa dekat camp haritu, tak lupa-lupa lagi aku masa dia mengamuk guna pistol tu!"

"Ye dho.. takut aku tetiba je keluar pistol."

Naik pening sorang-sorang menyerbu padanya dengan pelbagai soalan. Tapi yang menarik minatnya Zulqadree, dia mengamuk keluarkan pistol?

Kenapa dia tidak pernah tahu itu?

"Haa haa sudah lah, kau orang ni menyemak je. Pergi duduk sana. Dia memang dah kahwin. Betul lah tu. Haaa laki dia memang handsome. Hah? Ada soalan lain lagi ke?" Mika mencelah dengan nada malas. Serabut kepala otaknya ada yang berkumpul di sini ramai-ramai walaupun bukan di mejanya.

𝐌𝐑𝐒 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 𝐀𝐀𝐑𝐈𝐒 ©Where stories live. Discover now