Bab 35- Jantung Baharu

66 12 1
                                    

"PANDAI Aidan mengayat Fira tadi iya?" Usik Mustaqim.

Emil Syauqi turut ketawa.

"Sekarang abang tahu kan? Aidan Adhwa ada bakat terpendam sebagai 'buaya darat'." Sakat Emil Syauqi.

"Aku bukan buaya. Hanya guna ayat Romeo untuk pikat Juliet. Lagipun hati Fira tu kan agak liat untuk dijinakkan. Kau tengoklah tadi, tak pasal-pasal aku pun turut naik angin melayan keras kepala dia tu. Mana tak aku jadi hilang sabar, suka-suka hati dia nak menuduh aku. Nasib baik aku sayang dia."

"Tapi kau memang curi dengar kan?" Kata Emil Syauqi.

"Aku tak bermaksud nak curi dengar. Aku hanya terdengar. Faham tak beza dua ayat tu?"

"Hmm.. Iyalah tu, Aidan. Tak salah curi dengar untuk orang kesayangan, kan?" Mustaqim menempelak Aidan Adhwa.

Mereka berdua sama-sama ketawakan Aidan Adhwa.

Aidan Adhwa malas mahu membalas. Dia hanya geleng kepala sambil tengok pokok-pokok yang di tanam di nursery milik Mustaqim dan Zawiyah itu.

"Besar juga nursery milik abang dan akak ni iya?" Aidan Adhwa berasa kagum.

"Usahawan berjaya katakan.." Emil Syauqi mencelah.

"Hesy, Em ni."

"Betullah apa yang Em kata ni." Emil Syauqi tahu abang iparnya itu suka merendah diri saja.

"Aidan, kau tahu tak..? Banyak syarikat ternama mahu berkerjasama dengan mereka tau. Green Earth Landscape Sdn Bhd kat KL tu pun menjadikan M&Z Nursery Corporation ini sebagai suplier mereka." Cerita Emil Syauqi.

"Amazing." Puji Aidan Adhwa kagum.

"ALHAMDULLILAH. Rezeki dari ALLAH." Mustaqim mengucap syukur dengan rendah hati

"Eh, kenapa pasu ni kat sini pula?" Mustaqim mengomel melihat pasu besar yang berada di hadapan mereka.

"Sekejap Aidan, abang nak alihkan dulu pasu tu. Kenapalah mereka letak kat sini?"

"Tak apa, biar Em alihkan." Emil Syauqi menawar diri mahu membantu.

"Boleh. Em, susun sekali pasu-pasu tu nanti iya?"

"Amboi abang. Macam melebih aje ni?" Emil Syauqi menjeling.

"Lama dah abang tak membuli Em suruh buat kerja. Boleh kan?" Mustaqim mengusik.

"Boleh aje. Demi orang tersayang kan?" Kata Emil Syauqi menekan ayat hujungnya memerli Aidan Adhwa.

Aidan Adhwa menggeleng kepala sambil berketap gigi menahan geram.

"Bukan main galak si nobita ni mengusik aku!" Omelnya geram.

Mustaqim hanya tergelak. Terhibur hatinya melayan karenah dua sahabat itu.

"Aidan."

Aidan Adhwa menoleh.

"Semenjak Aidan kembali ke Malaysia, Aidan pernah tengok Em bersedih sendirian?" Tanyanya tiba-tiba.

"So far, tak ada pula. Kenapa abang?"

Mustaqim mengeluh.

"Abang tahu Em belum lagi melupakan arwah Thea. Meskipun Thea sudah tiga tahun meninggal dunia, dia masih rasa kehilangan gadis yang dicintainya itu."

"Iya. Em tak pernah melupakan Thea. Tapi Aidan tahu Em sudah redha menerima kepergian Thea." Kata Aidan Adhwa dengan yakin.

"Itulah yang diharapkan oleh akak dan abang. Kami tak mahu Em terlalu bersedih. Cukuplah apa yang pernah dia lakukan dulu masa dia sedang bersedih."

Bukan PendosaTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon