Bab 45- Home Schooling

61 12 0
                                    

AYU NATRAH banyak cakap. Tetapi Elfira Awliya seakan tidak mendengarnya.

Ayu Natrah mengeluh sendiri. Dia lalu melayangkan telapak tangannya di wajah Elfira Awliya.

"Hei!"

Elfira Awliya lalu tersentak.

"Kau sedang mimpi siang hari ke?"

Elfira Awliya masih dalam kebingungan.

Ayu Natrah mengeluh lagi.

"Kau sedang cakap mengenai apa?" Soal Elfira Awliya perlahan sambil tersengih.

"Aku tanya pendapat kau pasal Faizul minta aku jadi tutor peribadi Fayyad."

"Oh.." Elfira Awliya lalu menyisip minuman sejuk itu perlahan.

"Ikut suka hati kaulah. Lagipun kau jadi tutor bergaji kan?"

Ayu Natrah angguk kepala.

"Tapi tu hujung minggu. Sepatutnya time aku berehat kan?"

"So, kau tolaklah."

"Tak boleh."

"Pula.."

"Aku ni jenis yang cepat kesian dengan orang. Lagipun, aku faham kenapa Faizul tak nak hantar Fayyad ke sekolah.
Iyalah.. Dengan Fayyad yang sakit macam tu, tentu susah nak fokus dalam pembelajaran. Tapi Faizul tentu mahu memberi pendidikan yang terbaik untuk anaknya juga."

"Kalau macam tu, kau terima ajelah jadi tutor peribadi Fayyad. Elok juga kalau kau jadi tutor Fayyad. Aku boleh gaji kau jadi tutor peribadi Airis sekali. Sambil-sambil tu Airis boleh luangkan masa hujung minggu dengan Fayyad dan kau." Tiba-tiba Elfira Awliya memikirkan cadangan yang agak baik itu.

Ayu Natrah menjeling Elfira Awliya semacam.

"Sebenarnya, kau nak aku jadi babysitter Airis ke?" Soalnya rasa curiga.

"Nampak sangat ke?" Elfira Awliya sudah tersengih.

"Fira!"

Elfira Awliya ketawa terkekeh-kekeh.

"Takdalah. Aku cuma nak Airis spend weekend time dia dengan perkara yang berfaedah. Dia pun berpenyakit macam Fayyad. Kau sendiri tahu yang Airis tu tertinggal banyak bab matapelajaran kat sekolah."

Ayu Natrah terangguk-angguk kepala tanda mengerti.

"Aku okey-okey aje. Janji kau dan Faizul masyukkan akaun aku." Kata Ayu Natrah sambil bermain telunjuk jarinya.

"Ternyata kau ni mata duitan juga iya?!"

Mereka berdua sama-sama ketawa.

"Sebenarnya kan, aku berasa pelik sedikit dengan Faizul ni." Ayu Natrah meluahkan rasa curiga yang lama membelenggu dirinya.

"Kenapa kau rasa macam tu?"

"Kau tak perasan? Semenjak kita berjumpa semula dengan dia, Faizul layan kita dengan sangat baik. Sampaikan kita semua hampir menjadikan restoran Faizul itu sebagai port kita lepak. Perangai dia semakin mesra, tak macam zaman masih sekolah dulu. Asyik merengus dan suka cari pasal." Kata Ayu Natrah.

"Baguslah tu. Perubahan yang positif, kan? Semua orang boleh berubah, Nat. Tengoklah Daiyan sekarang ni. Lebih ceria dan mesra juga. Kalau dulu, dia asyik dengan perangai gedik dan bodoh sombong. Cubalah kalau perangai dia masih sama macam dulu. Kau rasa dia akan jadi artis popular tak macam sekarang ni?" Ujar Elfira Awliya lalu tergelak kecil.

Ayu Natrah garu kepala yang tidak gatal. Barangkali sedang memikirkan kata-kata Elfira Awliya itu.

"Tetapi sekarang ni Daiyan Yusof tu macam sudah merundum aje popularitinya. Job dia sudah tak banyak kan? Sebab itulah dia kerja jadi PA suami kau."

Bukan PendosaHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin