Bab 27-Pertembungan Seteru

53 9 1
                                    

RIYA Zahra merengus kasar. Dia fikir kekusutannya akan berkurangan apabila turun berkerja. Namun sangkaannya meleset.

"APA semua ni Riya?!" Bentak Doktor Hazim sambil tangannya menunjuk ke arah telefon pintarnya.

Riya Zahra menonton sebentar. Dia mendengus perlahan.

"Pa, let me explain."

"Kenapa Riya tergamak buat macam tu? Itu hanya seorang budak kecil Riya!" Doktor Suraya juga marah.

"Mama. Budak tu yang buat hal dulu! Memang patut kena dengan Riya lah!" Ujar Riya Zahra langsung tiada rasa sesal.

"ASTAGFIRULLAHALZIM, Riya! Kamu bila nak dewasa hah?! Sekarang sudah viral di laman sosial mengenai video kamu membuli seorang budak kecil! Kamu tak rasa bersalah sedikit pun ke?! Ada kamu baca komen-komen netizen yang menghentam perbuatan kamu?!" Herdik Doktor Hazim.

"Alah.. Mereka semua tu sibuk! Komen negatif pasal orang sedangkan mereka tak tahu pokok pangkal cerita! Sudah tak ada benda nak dibawang, aib orang pun disebarkan!" Gerutu Riya Zahra bengang sambil menyilang tangan ke dadanya.

Doktor Suraya lalu menarik tangan anaknya kasar.

"Tahu pun itu aib! Yang Riya tak segan buat perangai depan public tu, bukankah itu namanya sengaja cari pasal?! Kalaulah nenda tahu, teruk Riya kena tau tak?! Riya bukannya tak tahu bertapa nenda menjaga air muka keluarga kita!" Herdik Doktor Suraya.

"Mama dan papa nak bagitau pada nenda ke? Bagitau lah! Biar Riya keluar dari rumah tu!" Gertak Riya Zahra mengawal rasa takut mula bertandang.

Doktor Hazim tergelak sinis.

"Pekara sudah viral, Riya fikir nenda takkan tahu? Bodoh tu simpan sikit Riya!" Jerkah Doktor Hazim.

"Papa mahu Riya bercuti hari ini saja. Tak payah tunjuk muka di hospital ini! Jangan tunjuk muka depan papa dan mama juga! Kerana papa tak tahu apa yang papa akan buat pada Riya jika kemarahan papa di tahap yang tidak dapat dibendung lagi! Sekarang papa nak Riya balik ke rumah! Now!" Arah Doktor Hazim dengan keras. Dadanya sudah turun naik kerana amarah.

Mata Riya Zahra sudah berkaca kemerahan. Dia menoleh kepada mama nya. Mengharap pembelaan dari Doktor Suraya gamaknya.

Namun Doktor Suraya melari pandang. Riya Zahra berasa kecewa. Dia lalu keluar dari bilik sambil menghentak-hentak kakinya dengan perasaan marah bukan kepalang.

"SEMUA ini adalah angkara budak itu! Siaplah kau kalau aku jumpa kau lagi!" Getusnya penuh benci.

"Riya!" Panggilan itu membuatkan Riya Zahra berpaling.

Aidan Adhwa menapak laju menghampirinya. Wajah Aidan Adhwa kelihatan tegang semacam.

"Apa yang Riya dah buat ni?!" Bentak Aidan Adhwa sambil tunjuk video di telefon pintarnya.

"Riya, Aidan, ada apa ni?" Puan Sri Suriati yang berada tidak jauh dari situ menapak menghampiri kedua-dua cucunya. Dia melawat hospital sambil ditemani oleh pembantunya, Musa.

"Puan Sri, saya pergi bawa kereta kita ke depan." Musa minta izin meninggalkan Puan Sri di lobi bersama dengan cucu-cucunya sendiri.

"Nenda." Riya Zahra mula rasa gelabah. Takut pula dia membayangkan nenda akan menghempuk kepalanya dengan tongkat kayu itu.

"Nenda. Cuba nenda tengok perbuatan cucu nenda ini." Aidan Adhwa menunjuk video yang tular itu.

Aidan Adhwa sudah mengadu. Sakit hati Riya Zahra menengoknya!

Bukan PendosaWhere stories live. Discover now