Bab 41- Family Planning

167 10 4
                                    

AIDAN Adhwa berasa pelik melihat isterinya sedang sibuk berkemas pakaian lalu disimpan di dalam bagasi besar. Perlahan-lahan dia menapak lalu duduk di birai katil dalam keadaan kebingungan.

Elfira Awliya tersentak tatkala melihat suaminya sudah balik berkerja.

"Eh, abang sudah balik..? Kenapa abang lambat balik hari ini?" Tanya Elfira Awliya tanpa memandang wajah suaminya.

"Abang berjumpa dengan Em tadi." Beritahu Aidan Adhwa.

"Oh, Abang Em apa khabar? Semenjak kahwin ni, Fira belum lagi bertemu dengan dia. Sama juga dengan Natrah."

"Em kirim salam tadi."

"WAALAIKUMSALAM."

"Fira kenapa simpan semua pakaian ni?" Tanya Aidan Adhwa.

"Oh, Fira sedang simpan pakaian Fira. Kita kan nak pindah ke Vila Ar-Ridhuan Suri?" Kata Elfira Awliya kedengaran sedikit ceria.

"What?!" Aidan Adhwa kelihatan terkejut. Dia bingkas bangun dari duduknya.

"Fira, abang tak pernah setuju dengan permintaan nenda itu."

"Tapi Fira telah bersetuju."

"Fira cakap apa ni? Bila masa Fira bersetuju? Bukankah seminggu ni Fira bersikap dingin pada abang dengan tunjuk protes kerana tak suka cadangan nenda itu?"

Elfira Awliya mengeluh kecil. Dia duduk di birai katil sambil pandang wajah suaminya.

"Abang. Fira nak minta maaf mengenai hal itu. Fira tak patut hukum abang. I'm so sorry."

"Jadi Fira nak hukum abang sekali lagi dengan terima cadangan nenda?"

"Walau apapun, nenda adalah keluarga abang kan?"

"Yes! Tapi Fira dan Airis adalah keluarga abang juga! Abang tak nak Fira dan Airis menderita tinggal bersama dengan orang-orang yang bencikan korang berdua."

"Tapi tak semua kan? Papa su dan mama su sayang sangat dengan abang kan? Mereka pasti boleh terima Fira dan Airis dalam rumah tu."

"Dalam rumah tu yang berkuasa adalah nenda. Jika dia tak suka, orang lain dalam rumah tu pun tak boleh suka apa yang dia tak suka!"

"Tapi nenda sendiri yang cadangkan kita tinggal di sana kan?"

"Memang nenda yang cadangkan! Tapi abang tak setuju! Abang takkan pertaruhan kebahagiaan Fira dan Airis di vila itu!" Tegas Aidan Adhwa. Jarang sekali dia mahu meninggikan suaranya.

Elfira Awliya tercengang.

"Stop it, abang!"

"Fira! Don't be insane!"

"Abang sudah lupa ke? Niat asal kita berkahwin?"

Aidan Adhwa terpempan.

"Fira?" Dia lepas keluhan.

Elfira Awliya menghela nafas. Dia meraup wajahnya.

"Abang yang nak Fira gunakan abang sebagai kad permainan kan? So, I do what you want. Indeed I am the player, but in this game you are the mastermind." Ujar Elfira Awliya dengan nada bergetar.

Aidan Adhwa merengus perlahan. Wajah isterinya itu dipandang berbaur rasa.

"Apa yang buat Fira mahu berpindah ke Vila Ar-Ridhuan Suri?" Aidan Adhwa mula mengendur nadanya.

Elfira Awliya seka air mata yang mahu mengalir. Dia tarik nafas dalam-dalam. Perlahan-lahan Elfira Awliya membuka cerita kepada suaminya.

"RIYA! RIYA!" Pekikan Elfira Awliya menimbulkan bunyi bergema di sekeliling.

Bukan PendosaWhere stories live. Discover now