Bab 15- Hormat & Istimewa

46 7 1
                                    

"ABANG, jangan nakal. Nanti doktor inject kat punggung, nak?" Tegur ibu kepada anak lelakinya itu.

Elias Zikry hanya tersenyum.

"Maafkan saya doktor. Saya terpaksa bawa si abang sekali. Sebab tak ada orang tolong jagakan. Suami saya outstation. Minta tolong saudara-mara, jauh pula." Beritahu Puan Anna dengan riak wajah bersalah.

"Tak apa, puan. Saya faham. Cuma kalau boleh, tak elok biarkan kanak-kanak yang sihat pergi ke tempat macam ni." Nasihat Elias Zikry lembut.

Puan Anna angguk kepala mengerti.

"Macam mana keadaan kesihatan anak perempuan saya, doktor?" Tanya Puan Anna.

"Jantung dia sudah menunjukkan perubahan yang baik.. Maksudnya pembedahan pemindahan jantung itu berjaya, puan." Beritahu Elias Zikry tumpang gembira.

"Iya ke, doktor? ALHAMDULLILAH." Ucap Puan Anna penuh kesyukuran. Air matanya sudah berkaca kejernihan dek rasa terharu.

"Cuma Nia kenalah jaga permakanan, emosi dan yang paling penting kena cukup rehat." Kata Elias Zikry pada pesakit kecilnya itu.

"Baik, doktor. Terima kasih kerana telah merawat Nia sehingga sembuh." Ucap Nia dengan nada lembut. Wajah manis itu menggaris senyum gembira.

Elias Zikry angguk kepala. Dia mengusap kepala Nia dengan perlahan. Walaupun Nia hanya pesakit di bawah rawatannya, tapi dia sudah menganggap Nia seperti anaknya sendiri. Hampir dua tahun dia telah merawat Nia. Semenjak gadis itu berusia enam tahun lagi.

"Abang, jangan sentuh barang doktor tu." Tegur Puan Anna kepada anak lelakinya.

"Tak apa, puan."

Elias Zikry memandang budak lelaki itu dengan senyuman.

"Siapa nama?"

"Naim." Balas budak lelaki itu. Kelihatan budak itu dalam lingkungan umur sembilan tahun.

"Boleh bagi doktor benda tu?" Pinta Elias Zikry lembut. Masih mengekalkan wajah senyumnya.

Naim angguk kepala lalu menyerahkan stethoscope kepada Elias Zikry.

"Naim nak tahu ini benda apa?"

Perlahan-lahan Naim angguk kepala.

Elias Zikry menghampiri Naim lalu berlutut di hadapan budak itu.

Elias Zikry mengenakan stethoscope miliknya. Dia melekapkan alat itu di dada Naim.

"Dengan alat ini, kita boleh mendengar degupan jantung tau." Beritahunya.

"Iya ke?" Soal Naim. Kelihatan dia ingin tahu.

"Iya. Naim nak cuba?"

"Nak!" Balas Naim penuh rasa teruja.

Elias Zikry membantu Naim mengenakan stethoscope itu. Dia melekapkan alat itu di dadanya. Manakala Naim dibiarkannya untuk mendengar.

"Naim dengar bunyi tak?" Tanyanya.

Naim terjeda. Kelihatan sedang mengamati bunyi sesuatu.

"Dengar." Perlahan-lahan Naim garis senyum.

"Ini bunyi degupan jantung ke, doktor?"

Elias Zikry angguk kepala.

"Wah.. Mama, adik.. Benda ini magik lah!" Polos Naim berteriak.

"Nia pun nak dengar." Nia teruja ingin tahu.

Naim melakukan pekara yang sama pada Nia apa yang Elias Zikry buat padanya tadi.

"Betullah abang." Kata Nia sambil tergelak ceria.

Bukan PendosaWhere stories live. Discover now