Bab 2- Angkara Dia

66 8 0
                                    

PERUT Elfira Awliya rasa tak selesa sedari tadi. Tekaknya berasa nak mual saja. Dia mengurut dadanya yang rasa tak selesa itu.

"Adik. Belum selesai lagi ke siram pokok bunga tu?" Panggil emaknya lalu datang mendekati Elfira Awliya. Dia melihat pokok-pokok bunga yang dijaga anak gadisnya itu setiap hari. Cantik dan nampak segar semuanya.

Kelihatan luar rumah mereka sudah macam taman bunga aje. Mana taknya, anak gadisnya itu minat menanam pelbagai jenis pokok di kawasan luar rumah mereka.

"Sikit lagi mak." Balas Elfira Awliya sambil menahan rasa anak tekak yang terasa mual itu.

"Sudahlah tu. Mari masuk. Abah dah panggil tu ajak sarapan sekali." Puan Salmah lalu mengambil bekas air yang digunakan oleh Elfira Awliya untuk menyiram pokok bunga.

"Mak.." Elfira Awliya mahu membantah.

"Dah-dah.. Cepat masuk!" Puan Salmah menarik tangan anak daranya.

Elfira Awliya terpaksa mengikuti emaknya juga dengan muka muncung.

"Mak, adik tak selera nak makan. Badan adik rasa tak sihat ni." Beritahu Elfira Awliya.

"Macam mana nak sihat kalau asyik tak nak makan? Dari semalam mak tengok adik tak makan apa-apa. Macam mana nak makan ubat kalau nasi tak ada langsung dalam perut tu?" Bebel Puan Salmah sedikit geram.

Elfira Awliya sudah duduk di kerusi makan bersebelahan dengan abahnya.

"Adik masih rasa tak sihat lagi ke, nak? " Tanya Encik Hasnol risau gayanya.

Elfira Awliya hanya angguk kepala. Lemah sungguh wajahnya.

"Macam mana nak sihat bang kalau asyik tak nak makan aje." Puan Salmah menyampuk. Dia membawa nasi goreng yang digorengnya tadi lalu dihidangkan di hadapan suami dan anaknya.

"Mak, adik bukan tak nak makan tapi.." Elfira Awliya tidak mampu menghabiskan ayatnya bila terhidu bau nasi goreng sambal belacan ibunya itu. Dia cepat-cepat bangun dari kerusinya lalu meluru masuk ke bilik air. Elfira Awliya tidak dapat menahan lagi rasa mualnya itu.

Encik Hasnol dan Puan Salmah saling berpandangan antara satu sama lain dalam keadaan bingung.

"Sal, kenapa dengan anak dara awak tu?" Tanya Encik Hasnol. Dia berasa tak sedap hati.

Puan Salmah hanya jawab dengan jongket bahu. Tiba-tiba hatinya dipanjat resah melihat Elfira Awliya seperti itu.

Hati Encik Hasnol jadi gusar. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena kepada anak gadisnya itu.

Encik Hasnol bangun dari kerusinya lalu menuju ke bilik mandi. Puan Salmah mengikut suaminya dengan perasaan bimbang.

Elfira Awliya masih lagi termuntah-muntah sambil diperhatikan oleh abah dan emaknya.

"Adik, cakap betul-betul dengan abah. Apa yang buat adik sampai sakit macam ni?" Tanya Encik Hasnol kepada anak daranya itu. Agak keras nada suaranya.

"Abah." Elfira Awliya terkelu lidah. Dia mula berasa gementar.

"Abang." Puan Salmah mula ketakutan.

"Jujur dengan abah, adik! Adik sakit apa sebenarnya?!" Kali ini tinggi nada suara Encik Hasnol. Merah padam muka dia menahan marah.

"Bah.. Adik.. Adik.."

"Adik apa?!" Tengking Encik Hasnol.

"Abang jangan macam ni. Kesian adik. Kita tanyalah dia elok-elok." Puan Salmah sudah menangis sambil menahan tangan suaminya. Risau tangan itu akan menerkam anak gadis mereka.

Bukan PendosaUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum