Bab 43- Kepingan Puzzles

97 13 2
                                    

"BOS korang tu kenapa?" Tanya Akma kepada supervisor projek nya itu, Hadi.

"Entah, Puan Akma. Sedari tadi Puan Elfira mood angin semacam. Nak kata angin taufan tak juga. Nak kata angin puting beliung pun tak juga. Tapi memang nak marah aje kerjanya. Ada saja yang tidak kena.
Dia marah tak bertempik, tapi muka itu berkerut masam dan membebel aje." Cerita Hadi sambil garu kepala yang tak gatal.

"Begitu iya? Barangkali angin kus-kus." Spontan Akma berkata sambil terangguk-angguk kepala.

Tercuit rasa lucu di hati Hadi. Tapi dia simpan senyum saja.

"Tak apelah. Awak pergi sambung kerja dulu." Arah Akma lembut.

Hadi patuh lalu beredar sambung kerja.

Akma menghampiri Elfira Awliya yang sedang sibuk memberi arahan kepada para pekerja.

"Nak akak tolong?"

Elfira Awliya tersentak melihat kehadiran Akma di tapak projek. Dia sudah memandang Akma sambil geleng kepala.

Degil juga kakak dia seorang ni..

"Kak Akma ada di sini? Bukankah Fira sudah pesan.."

"Akak buat kerja ofis. Fira buat kerja luar." Potong Akma sambil buat juling mata. Bosan.

Serupa mak nenek pun ada Si Elfira Awliya ini apabila mula membebel.

"Akak kan ada follow -up examination appointments kat hospital ini. Alang-alang datang, akak jenguklah tapak projek kita kat sini." Beritahu Akma.

Elfira Awliya angguk kepala mengerti.

"Jadi doktor cakap apa? Baby dan akak okey?" Tanya Elfira Awliya prihatin.

"ALHAMDULLILAH. Kami berdua okey. Mungkin bulan hadapan baby akan keluar." Beritahu Akma rasa teruja bakal menyambut kelahiran anak pertamanya.

"SUBHANALLAH. Fira pun tak sabar nak tengok baby akak dan Abang Fir." Kata Elfira Awliya ceria lalu mengusap perut Akma yang memboyot itu.

"Abang Fir bila balik dari offshore?"

"Katanya mungkin minggu hadapan. Sekarang kapal mereka sudah berlabuh dari Taiwan." Beritahu Akma.

Elfira Awliya angguk kepala perlahan.

"Akak tak kesepian kena tinggal suami pergi kerja jauh-jauh macam Abang Fir tu?"

"Kesepian? Adalah juga. Tapi akak tak pernah rasa sunyi. Kerana akak ada Airis, ada Fira yang hiburkan akak. Sebentar lagi pula, ada baby. Akak dah biasa hidup sendirian Fira. Akak ni kan anak yatim piatu." Kata Akma sambil garis senyum kecil.

Elfira Awliya tiba-tiba berasa bersalah bertanya begitu pada Akma.

"Kenapa muka Fira cemberut semacam aje akak tengok tadi? Siap Hadi tu kata confuse nak menduga angin apa yang sedang melanda Fira. Nak kata taufan, tak. Nak kata puting beliung pun tak juga." Cerita Akma menukar topik.

Elfira Awliya tergelak kecil.

"Abang Hadi mengadulah ni?"

"Akak tanya, dia pun beritahulah."

Elfira Awliya tergeleng kepala sambil gelak kecil.

"Fira ada problem ke?"

"Siapalah yang tak ada masalah hidup di dunia ni, kak.."

"Iya, betul tu. Jadi, apa masalah Fira?"

'Patut ke tidak aku ceritakan pada Kak Akma apa yang telah berlaku? Tapi kalau tak cerita, aku akan terus rasa begini. Nak cerita pada Natrah, dia tu bukannya dah kahwin.' Gumam hati Elfira Awliya.

Bukan PendosaWhere stories live. Discover now