Bab 7- Dosa Terbesar

59 7 0
                                    

AYU Natrah memandu kereta melalui jalan yang sunyi lenggang itu dengan cermat. Nasib baik emaknya membenarkan dia membawa kereta Myvi milik keluarga mereka untuk mencari Elfira Awliya. Ayu Natrah masih memegang lesen L. Sebenarnya Ayu Natrah dalam proses belajar memandu.

Matanya melilau melihat bahagian kiri dan kanan jalan. Mana tahu jika dia ada ternampak Elfira Awliya berjalan di kawasan yang diberitahu oleh Rafeezal kepadanya tadi.

Apabila teringat muka Rafeezal, Ayu Natrah jadi bengang! Dia tak sangka Rafeezal boleh bertindak sejauh itu terhadap Elfira Awliya.

"NATRAH!" Panggil Rafeezal perlahan. Dia cuba mengawal nada suaranya dari didengari oleh Puan Seha gamaknya.

Ayu Natrah yang sedang membaca novel di kamarnya tercari-cari sayup suara yang memanggilnya.

"Natrah!" Panggil Rafeezal lagi.

Natrah melangkah ke jendela kamarnya. Dia rasa terdengar orang memanggil namanya dari situ. Tanpa was-was, Natrah lalu membuka jendela kamarnya.

"Oh, kau Rafeez. Apasal kau datang malam-malam ni?" Tanya Ayu Natrah hairan. Walaupun luar rumah itu gelap, tapi Ayu Natrah dapat melihat wajah rusuh Rafeezal melalui suluhan lampu kamarnya.

"Natrah. Kau turun dulu keluar jumpa aku." Pinta Rafeezal. Dia melihat sekeliling pula. Barangkali takut orang melihatnya berada di situ.

"Hmm.. Baiklah." Ayu Natrah menurut saja.

Ayu Natrah sudah berdiri di hadapan Rafeezal sambil menyilang tangan ke dadanya sendiri.

"Hmm.. Cakaplah kau nak apa."

"Natrah. Kau kena tolong aku."

"Tolong kau? Kau ada masalah apa?"

"Fira. Aku nak minta tolong kau cari Fira!"

"Fira kat mana?" Ayu Natrah mula risau. Sudah dua minggu dia tidak bertanya khabar dengan Elfira Awliya.

Sebenarnya dia terasa hati dengan Elfira Awliya. Dia tak sangka gadis polos macam Elfira Awliya akan berbuat macam tu. Apatah lagi dia selalu mendengar orang kampung mengata Elfira Awliya. Dia jadi malu pula mempunyai sahabat bermasalah seperti itu.

"Aku.. Aku.. Tadi aku." Rafeezal terketar-ketar suaranya. Dia malu mahu mengaku tentang apa yang dia telah buat pada Elfira Awliya.

Ayu Natrah menjadi tak sedap hati melihat Rafeezal begitu. Pasti ada benda salah yang sepupunya telah buat. Kalau tak, Rafeezal takkan menggelabah takut begitu.

"Cakap Rafeez, kau dah buat apa pada Fira?!" Tanya Ayu Natrah tidak sabar.

"Natrah. Aku tadi tipu Fira sebab nak ajak dia keluar. Aku jual nama kau. Konon-kononnya aku nak bawa dia jumpa kau sebab kau ada masalah. Mula-mula dia tak nak ikut aku. Tapi lepas aku sebut nama kau dalam kesusahan, tanpa berfikir panjang dia terus ikut aku." Rafeezal mula bercerita.

Ayu Natrah mendengarnya dengan rasa terharu. Meskipun Elfira Awliya dalam keadaan bermasalah, tapi Elfira Awliya sanggup letak tepi masalahnya demi nak tolong Ayu Natrah.

Ayu Natrah bukannya tak tahu kerana apa Elfira Awliya tidak mahu keluar dari rumah. Manalah dia sanggup dengar orang-orang kampung berbisik mengata dirinya? Nak lepak kat tepi sungai pun mereka sudah tak lakukan lagi. Masing-masing mahu menjauhkan diri.

Hanya Nurashikin saja yang bersungguh-sungguh mahu membantu Elfira Awliya. Tapi Ayu Natrah, sebagai seorang sahabat dia buat apa pula? Ayu Natrah hanya mengabaikan Elfira Awliya!

Bukan PendosaWhere stories live. Discover now