Bab 42- Alasan Membenci

136 14 3
                                    

NURASHIKIN laju melangkah tatkala mendengar bunyi loceng pintu ditekan berkali-kali.

"Sekejap!" Laungnya. Nurashikin naik hairan, siapalah yang datang jauh malam begini ke rumahnya?

"Ra.. Feez.." Tergagap-gagap Nurashikin menyebut nama itu.

Rafeezal segera masuk tanpa menyapa Nurashikin. Dia berjalan sambil tubuhnya terhuyung-hayang.

"Rafeez, awak mabuk ke?" Tebak Nurashikin sambil menutup hidung kerana bauan alkohol dari badan Rafeezal gamaknya.

Rafeezal melemparkan baju kasual yang dipakainya ke atas sofa. Dia lalu menghenyak punggung di sofa itu.

"Saya minum sikit aje." Balasnya perlahan.

"Sikit awak kata? Dengan berjalan terhuyung-hayang, muka sudah kemerahan dan seluruh badan awak turut berbau alkohol. Sejak bila awak tahu minum air itu huh?!" Tanya Nurashikin seakan tidak mempercayai perubahan drastik Rafeezal itu.

"Bukan itu saja, awak pun sudah lama ponteng kerja. Sebulan awak menghilang, Rafeez. Awak pergi mana? Semua orang cari awak tau tak? Lebih-lebih lagi Uncle Kael dan Uncle Khalid." Kata Nurashikin separuh geram.

"Kau beritahu kepada mereka berdua yang aku akan hantar surat perletakkan jawatan di firma mereka!" Kata Rafeezal sedikit kasar. Dia juga mula berkau-aku dengan Nurashikin.

"Apa?!" Nurashikin terkejut. Dia lalu duduk di sebelah Rafeezal.

"Kenapa dengan awak ni? Awak tau tak yang tindakan awak itu akan membuat Uncle Kael dan Uncle Khalid lagi kecewa tau tak?!" Nada Nurashikin sudah meninggi.

"Tanpa aku, firma itu tetap masih boleh beroperasi dengan baik kan? Lagipun firma tu sudah mempunyai peguam-peguam yang handal." Mudahnya Rafeezal menjawab.

"Ini soal kepercayaan mereka terhadap awak, Rafeez! Bukankah awak sendiri cakap pada saya tak baik kalau kita berdua menghampakan mereka? Kerana mereka berdua sudah banyak berjasa dengan kita." Nurashikin mengingatkan Rafeezal.

Rafeezal lepas keluhan berat.

"Aku dah tak ada hati nak kerja kat situ lagi!" Beritahu Rafeezal separuh membentak.

"Kenapa?!" Pantas Nurashikin membentak.

"Oh, saya faham. Ini semua kerana awak frust kan? Jadi awak nak korbankan karier awak macam tu aje?!" Nurashikin sudah berketap gigi menahan geram.

"Hidup aku sudah tak bermakna lagi, Ikin. Fira sudah tinggalkan aku lagi!" Luah Rafeezal dengan nada bergetar.

Nurashikin sudah tergeleng-geleng kepala.

"Stop it, Rafeez! Fira takkan pernah jadi milik awak. So, lebih baik awak lupakan saja perasaan cinta bertepuk sebelah tangan awak tu." Kata Nurashikin kedengaran sinis.

Mata Rafeezal sudah mencerlung memandang Nurashikin.

"Apa kau cakap?!" Rafeezal segera bingkas dari duduknya.

"Lupakan Fira! Terimalah hakikat yang awak takkan dapat bersama dengan dia!" Nurashikin menekan ayatnya tanpa gentar memandang wajah Rafeezal yang sudah menyinga itu.

Rafeezal lalu mencengkam leher Nurashikin sambil menghambur kata.

"Diam! Elfira cintakan aku! Kalau tak kerana dia mengandungkan anak luar nikah itu, mungkin dia sudah jadi milik aku!" Bentak Rafeezal seperti orang sudah kerasukan.

"Raa., feez.. Lepass.." Rayu Nurashikin  sambil terkial-kial tangannya cuba melepaskan cengkaman tangan Rafeezal pada lehernya.

Namun Rafeezal tidak memperdulikan rayuan Nurashikin itu.

Bukan PendosaМесто, где живут истории. Откройте их для себя