Bab 20- Mungkir Janji

63 7 0
                                    

ELFIRA Awliya menjeling tajam ke arah Aidan Adhwa yang sedang berlagak selamba dengannya. Berbuih mulut dia menerangkan pasal cadangan proposal baharu dia itu. Tetapi Aidan Adhwa hanya sibuk menjamah makanannya. Langsung tidak mengambil perhatian pada dirinya yang sedang bercakap.

Elfira Awliya sudah tidak dapat menahan hati lagi.

"Encik Aidan!" Jerit Elfira Awliya sambil memukul meja dengan tangannya sendiri.

Aidan Adhwa terkejut.

"Saya bercakap dari tadi. Encik Aidan dengar ke tidak tentang cadangan proposal saya?" Tanya Elfira Awliya sambil menahan nada geramnya.

"Oh.. Itu. Iya. Saya dengar." Balas Aidan Adhwa bersahaja.

Elfira Awliya melopong.

"Encik Aidan bersungguh-sungguh ke nak buat kerja ni?" Elfira Awliya tidak dapat menahan rasa bengangnya.

"Awak tak nampak saya sedang makan ni?"

"Saya nampak. Saya belum buta lagi. Tapi Encik Aidan.."

"Shhh!" Aidan Adhwa pantas memotong sambil buat isyarat tangan ke mulut.

Elfira Awliya perasan Aidan Adhwa sudah tersenyum nakal kepadanya.

"Kenapa senyum macam tu? Awak tak nampak muka saya sedang marah?!" Elfira Awliya sudah bersaya-awak dengan Aidan Adhwa.

"Boleh pula awak bercakap kasual dengan saya? Saya ingat awak nak berterusan memanggil saya secara formal. Encik Aidan. Encik Aidan. Encik Aidan.." Aidan Adhwa menekan ayatnya.

Elfira Awliya telan liur. Sekali lagi Aidan berjaya menempelak dirinya.

"Kita sedang berkerja kan? So, saya kenalah panggil Encik Aidan. Salah ke? Itu memang nama Encik Aidan pun." Elfira Awliya memberi alasan. Dia lalu menyisip air fresh orange nya yang masih sejuk itu.

"Kita kat tempat public, tak payahlah nak berencik-encik. Dan awak, tak perlulah berjumpa sambil bawa kertas kerja di tempat makan macam ni. Ini restoran kut.. Bukan syarikat."

"Eh, bukankah tadi Encik Aidan yang ajak saya berjumpa untuk bincang pasal kerjasama kita? So, saya bawa kertas kerja sekalilah" Kata Elfira Awliya hairan.

Aidan Adhwa sudah tersengih.

Elfira Awliya melirik dia semacam.

"Ke.. Ini hanya alasan Encik Aidan untuk bawa saya keluar makan?" Tebak Elfira Awliya.

Perlahan-lahan Aidan Adhwa angguk kepala.

Elfira Awliya merengus perlahan. Dia tidak lalu hendak menikmati nasi beriyani daging yang di pesannya tadi.

"Alah.. Janganlah marah. Makan nasi tu. Tak baik membazir tau. Saya ni bukannya suka-suka bawa awak makan tengahari ni. Saya bosan, tak ada teman nak bawa keluar makan tengahari . Encik Ramzi outstation ke Penang. Emil pun sibuk dengan kliniknya. Sebab itu saya ajak awak makan sekali. Tak salah kan? Untuk mengeratkan silaturahim sesama kita berdua." Ujar Aidan Adhwa sambil tayang wajah manisnya.

"Macamlah aku tak tahu niat sebenar kau." Omel Elfira Awliya sendiri.

"Awak cakap apa?" Aidan Adhwa tidak faham gamaknya.

Elfira Awliya mengeluh.

"Saya cakap, boleh bawa Anita kalau nak teman pergi makan tengahari." Dalih Elfira Awliya.

"Anita bercuti selama dua hari. Dia telah pulang ke kampung hari ini. Katanya ada urusan keluarga di kampungnya." Beritahu Aidan Adhwa lalu menyuapkan nasi beriyani daging yang dipesannya bersama dengan Elfira Awliya.

Bukan PendosaWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu