Bab 30- Langit Sudah Menangis

68 9 3
                                    

"AWAK dah gila ke?! Nonsense!" Bentak Elfira Awliya. Dia menapak mahu meninggalkan Aidan Adhwa.

"Fira, sekejap." Aidan Adhwa menghalang.

"Sebelum ni, nenda Encik Aidan cuba meletakkan nilai wang pada harga diri saya! Sekarang Encik Aidan pula cuba nak beli jiwa saya dengan lamaran ini?! Encik Aidan ingat saya ni anak patung yang boleh dipermainkan oleh keluarga Encik Aidan ke?!" Marah Elfira Awliya. Matanya sudah bergenangan air.

"Saya tahu keluarga saya sudah banyak buat salah pada awak. Kerana itu saya ingin menebusnya."

"Dengan melamar saya?! Bukankah itu namanya sengaja mahu mempermainkan diri saya?!"

"Tak. Saya tak permainkan awak. Saya benar-benar mahu berkahwin dengan awak."

Elfira Awliya berdecit sinis.

Aidan Adhwa hembus nafas.

"Elfira, pergunakanlah diri saya untuk melepaskan marah awak pada keluarga saya."

Elfira Awliya berkerut dahi sambil pamer riak wajah bingung

"Apa awak cakap ni?" Sukar Elfira Awliya untuk mempercayainya.

"Saya pun tak suka dengan pendirian nenda saya tentang maruah dan sebagainya. Saya benci sikap Riya yang zalim itu. Saya tak suka cara mereka menindas awak dan Airis. Kerana itu, saya.." Aidan Adhwa berhenti bicara. Dia mengusap wajahnya yang rusuh itu.

"Saya mahu memperisterikan awak." Kata Aidan Adhwa.

"Awak melamar saya ni, bukan kerana awak cintakan saya?" Ada getar di nada suara Elfira Awliya. Tiba-tiba hatinya dipagut rasa sayu.

"Perasaan cinta itu pasti tidak akan memenangi hati awak kan? Selama ini saya tak jemu menyatakan rasa hati saya. Walaupun awak pandang cinta saya sebelah mata aje." Aidan Adhwa kedengaran sedikit kecewa.

Elfira Awliya berdiam. Dia menunduk wajah menyembunyikan rasa.

"Kalaulah dengan dendam dan benci yang boleh satukan kita berdua, saya redha mengahwini awak Elfira.
Untuk kali ini, saya ingin menjadi orang yang pentingkan diri sendiri. Saya ingin memberontak untuk mendapatkan apa yang saya nak." Tutur Aidan Adhwa dengan nada getar.

Air mata Elfira Awliya sudah merembes di pipi. Dia mendongak memandang Aidan Adhwa.

"Memang saya marah dengan perbuatan keluarga awak! Tapi saya tak tergamak pergunakan awak untuk menyakiti mereka. Awak terlalu baik untuk disakiti. Saya tak sekejam itu.
Kalau pun kita berdua berkahwin, boleh ke kita berdua bahagia? Adakah kebahagiaan yang kita cari ialah kepuasan menyakiti hati keluarga awak? Tidak! Saya tak mahu kejar bahagia itu." Elfira Awliya menegaskan pendiriannya.

Aidan Adhwa tergaris senyum.

"Kata-kata awak itu membuatkan hati saya semakin mencintai awak. Saya tahu awak orang yang baik. Tetapi keadaan dan orang-orang di sekeliling memaksa awak bersikap kasar." Kata Aidan Adhwa.

Elfira Awliya menyeka air matanya. Ada debaran di rasakannya tatkala mata mereka berdua bertatapan.

Tiba-tiba bunyi langit berdentum itu menyentakkan mereka berdua.

"Saya pergi dulu." Elfira Awliya minta pamit dengan tergesa-gesa.

Aidan Adhwa mahu menghalang. Namun Elfira Awliya sudah laju menapak meninggalkannya.

ELFIRA Awliya berlari menuju ke parkir keretanya dalam keadaan menangis.

Marah!

Sedih!

Kecewa!

Perasaan yang dirasakannya ketika ini. Lamaran Aidan Adhwa itu menyentuh hatinya. Sejujurnya, dia merasakan sekelumit bahagia ketika dirinya dilamar oleh lelaki itu.

Bukan PendosaWhere stories live. Discover now