Bab 11- Belum Selesai

70 7 0
                                    

"MAMA." Jeritan girang Elaika Airis membuatkan Aidan Adhwa dan Emil Syauqi berpaling.

"Airis lama tunggu mama?"

Wanita berusia lewat dua puluhan itu lalu mendepangkan tangannya untuk mendakap anaknya itu.

"Tak juga. Airis kan seronok stay kat klinik Ayah Em ni." Balas Elaika Airis sambil tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.

Sang ibu berasa geram melihat anak kecilnya itu. Pantas pipi itu diciumnya bertalu-talu.

Elaika Airis tertawa mengekeh. Geli pula dia diperlakukan begitu oleh mamanya.

Emil Syauqi mendekati dua beranak itu.

Aidan Adhwa mengekori di belakang Emil Syauqi.

"Urusan kerja Fira tadi dah settle?" Tanya Emil Syauqi sambil tersenyum.

"Iya, Abang Em. ALHAMDULLILAH. Program 'Selamatkan Bumi' hasil dari kerjasama antara Green Earth Landscape Sdn Bhd dan pihak kebajikan Tunas Kasih berjalan dengan lancar. Kita perlu memberi kesedaran kepada generasi baru untuk menghargai kepentingan hidup dalam persekitaran yang sihat. Ianya bagus untuk mengelak dari budaya pembuangan sampah merata-rata, vandalisme dan sebarang aktiviti yang boleh merosak alam sekitar. Kita perlu bangkitkan rasa cinta generasi muda terhadap kebersihan dan pentingnya menjaga kehijauan bumi." Panjang lebar wanita itu bercerita. Wajahnya ceria sekali melakukan kerjanya itu.

"ALHAMDULLILAH. Abang Em tumpang gembira untuk Fira. Nampaknya, Fira dan Akma makin busy lah lepas ni. Banyak sangat terlibat dengan program. Belum lagi dengan urusan tender yang ada." Balas Emil Syauqi turut berasa sukacita dengan rezeki yang melimpah-ruah adik angkatnya itu.

"ALHAMDULLILAH, Abang Em. Ini semua berkat doa Abang Em sekeluarga terhadap Fira dan Airis."

Emil Syauqi garis senyum.

Aidan Adhwa yang sudah berdiri di sebelah Emil Syauqi hanya mendengar perbualan mereka berdua itu.

"Oh iya, Fira kenalkan ini adalah kawan Abang Em." Emil Syauqi baru perasan dia terlupa untuk memperkenalkan Aidan Adhwa.

Elfira Awliya dan Aidan Adhwa saling bertatapan lalu menggariskan senyuman.

"ASSALAMUALAIKUM." Ucap Aidan Adhwa ramah.

"WAALAIKUMSALAM." Balas Elfira Awliya turut menyambut ramah.

"Oh, jadi inilah 'pereka kesayangan' kau tu? Not bad taste kau iya? Cantik." Puji Aidan Adhwa sambil berbisik di sebelah Emil Syauqi.

Emil Syauqi menjeling Aidan Adhwa semacam.

"Memang cantik. Kau suka tak?" Soal Emil Syauqi sambil jongket kening sebelahnya.

"Apasal tanya aku suka ke tidak?" Aidan Adhwa kerut dahi.

"Mama." Panggil Elaika Airis.

Aidan Adhwa dan Emil Syauqi berhenti berbisik.

Elfira Awliya menoleh ke arah anaknya.

"Pada mulanya, Airis fikir uncle ni jahat. Disebabkan dia, Ayah Em tak ambil Airis dari sekolah tadi. Tetapi rupa-rupanya, uncle ni baik orangnya." Cerita Elaika Airis.

"Hmm.. Airis kata Uncle Aidan baik ada sebab kan?" Emil Syauqi mencelah.

"Eh, Ayah Em tau ke?" Elaika Airis sedikit terkejut.

"Uncle Aidan ada cakap apa-apa pada Ayah Em ke?" Tanya Elaika Airis pada Aidan Adhwa dengan nada cuak.

Elfira Awliya berkerut kening kebingungan.

Bukan PendosaDove le storie prendono vita. Scoprilo ora