Bab 19- Permainan Sandiwara

44 5 0
                                    

DAIYAN melangkah perlahan sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Dia risau jikalau ada orang di lobi Hospital Ar-Ridhuan Suri akan mengenali dirinya.

"Arghh!" Daiyan terjerit kecil tatkala ada sesuatu mengena kakinya. Dia lalu memandang ke bawah.

"Bola siapa ni?" Gerutu dia sendiri.

"Aunty, itu bola saya." Celah seorang budak lelaki.

Daiyan menoleh ke arah budak lelaki yang semakin menghampirinya. Tiba-tiba dia tersedar akan identiti dirinya agak terdedah. Daiyan segera memakai cermin mata hitam yang disimpannya di dalam poket baju hospital yang dipakainya itu.

"Tempat ni hospital. Bukan padang untuk bermain bola tau." Tegur Daiyan.

Budak lelaki itu terangguk-angguk kepala. Riak wajahnya kelihatan berasa bersalah.

Daiyan mengeluh kecil. Simpati pula dia melihat wajah naif budak itu. Perlahan-lahan dia menapak menghampiri budak lelaki itu lalu menjatuhkan lututnya.

"Awak nak bola ni ke?" Tanya Daiyan perlahan.

Budak itu angguk kepala.

"Nak bola ada syarat. Awak kena janji jangan main bola di tempat awam macam ni lagi." Kata Daiyan.

"Okey. Saya janji." Balas budak itu.

Daiyan tersenyum.

"Nah. Sekarang awak boleh ambil bola ini balik." Daiyan menyerahkan bola itu.

Budak itu turut membalas senyuman Daiyan.

"Nama siapa?" Tanya Daiyan.

"Fayyad." Balasnya mula mesra.

"Buat apa datang hospital ni? Fayyad sakit?"

Fayyad angguk kepala.

"Sakit apa?"

"Jantung."

Daiyan tergamam.

"Fayyad dah nak keluar." Beritahu Fayyad.

Daiyan senyum.

"Fayyad dengan siapa?" Tanyanya.

"Ayah. Ayah nak bawa kereta dia sampai depan tu." Beritahu Fayyad sambil menunjuk luar pintu utama.

"Oh, begitu. Aunty harap Fayyad cepat sembuh." Doa Daiyan ikhlas. Simpati pula dia melihat Fayyad.

"INSHAALLAH. Sama juga dengan aunty. Semoga cepat sembuh." Doa Fayyad.

Daiyan kerut dahi. Lama dia terjeda. Akhirnya dia mengerti maksud Fayyad apabila dia sedar dirinya sedang memakai pakaian hospital.

"Er.. Terima kasih." Ucapnya serba salah. Sebenarnya Daiyan sedang bersandiwara sakit untuk melarikan diri dari masalah.

"Fayyad, Fayyad kenal aunty tak?" Daiyan menduga. Dia mahu menguji sejauh mana populariti diri gamaknya. Daiyan lalu membuka cermin mata hitamnya.

Fayyad garu kening sendiri. Dia kelihatan bingung cuba mengamati wajah Daiyan.

"Tak kenal?"

Fayyad geleng kepala perlahan.

Daiyan sudah tayang wajah kecewa.

'Hish, tak apalah. Budak kecik aje pun.' Sempat dia menolog dalam hati.

"Aunty, Fayyad minta diri dulu. Nampaknya itu macam kereta ayah." Beritahu Fayyad.

Daiyan angguk kepala sambil lepas keluhan kecil. Matanya menghantar figura Fayyad keluar dari pintu besar hospital. Tiba-tiba matanya tergamam melihat sosok tubuh seakan dikenalinya.

Bukan PendosaWhere stories live. Discover now