Bab 47- Puding Susu Mozaik

139 13 4
                                    

"FAYYAD!" FAIZUL terjerit kesal tatkala melihat sebuah motosikal hampir melanggar anaknya yang sudah berjalan mendahuluinya.

Dengan pantas Faizul menarik tubuh Fayyad ke dalam pelukkannya.

"Ayad tak apa-apa?" Tanya Faizul sambil mengusap wajah anaknya itu yang sudah pucat akibat dari terkejut gamaknya.

Fayyad angguk kepala perlahan.

"Bangun nak." Faizul membantu Fayyad berdiri lalu menyapu kekotoran yang sudah melekap di pakaian anaknya itu. Dia juga meneliti tubuh Fayyad jika ada sebarang kecederaan kecil di tubuh itu.

"Betul ayad okey?" Tanya Faizul inginkan kepastian.

"Iya, ayah. Jantung Ayad pun okey." Beritahu Fayyad naif sambil memegang dadanya sendiri.

Faizul lepas helaan nafas panjang. Dia mengucap syukur dalam hati. Matanya sudah berkaca kerana terlalu bimbangkan anaknya itu.

Tiba-tiba telefon pintarnya berdering. Tertera nombor sahaja tanpa nama pemanggil. Faizul lalu menyambut panggilan itu.

"Hello?"

"Kali ini aku cuma arahkan orang aku acah-acah nak terlanggar anak kau. Lain kali, mungkin aku akan arahkan orang aku untuk buat kerja mereka betul-betul."

Faizul menelan liur. Dia sangat mengenali suara jahat itu.

"Riya?" Tebaknya.

Riya Zahra sudah tertawa besar di hujung talian.

"Kau gila?!" Bentak Faizul tidak puas hati.  Dia terpandang wajah Fayyad yang terdongak memandang dalam kebingungan.

Faizul hampir terlupa Fayyad masih berada bersamanya. Dia lalu memeluk Fayyad sambil menutup telinga anaknya itu. Barangkali dia tidak mahu Fayyad terdengar perbualannya dengan Riya Zahra.

"Kau lebih kenal tahap gila aku macam mana. Kau jangan ingat aku tak tahu tempoh hari kau yang cuba nak langgar aku. Sekarang kau anggap aje kita berdua seri."

"Kalau kau berani, kau datang jumpa aku sendiri! Kenapa kau perlu babitkan anak aku dalam hal ini?!" Tempik Faizul dengan nada perlahan. Dia cuba mengawal nada suaranya kerana tidak mahu Fayyad mendengar.

Faizul menarik nafas. Cuba mengawal hatinya yang sudah panas membara itu.

"Riya, kau jangan nak uji kesabaran aku lagi! Kelemahan kau adalah Doktor Elias Zikry, kan?" Faizul sudah sungging senyum penuh muslihat.

"Kau nak buat apa?"

Kedengaran suara Riya sudah seperti orang ketakutan di dalam talian.

"Kau yang provok aku!" Faizul segera mematikan panggilan antara mereka sambil merengus bengang berserta rasa dendam.

"TERIMA kasih kerana Ikin sudi nak jumpa dengan abang." Ucap Elias Zikry berserta senyuman.

"Kita berjumpa pun atas urusan kerja kan?" Nurashikin membetulkan fakta akan perjumpaan mereka berdua.

Hampir dua minggu mereka berdua sering berjumpa kerana Elias Zikry menggunakan khidmat Nurashikin sebagai peguam.

"Betul abang nak hadiahkan tanah hujung kampung kita pada Imam Haron?" Tanya Nurashikin inginkan kepastian lagi.

Elias Zikry angguk kepala.

"Hmm.. Abang nak balas jasa dia sebab selama ini dia yang susah-payah dalam menjaga harta pusaka dan kubur arwah mak dan ayah di kampung."

"Tetapi abang juga yang benarkan rumah pusaka abang di sana dijadikan homestay kan? Semua wang hasil dari sewaan homestay itu turut diserahkan kepada Imam Haron."

Bukan PendosaWhere stories live. Discover now