Bab 40- Terikat Rahsia Lama

74 13 2
                                    

DAHI Riya Zahra sudah renik berpeluh. Sedari tadi dia perasan seakan ada seseorang sedang mengekorinya. Cepat-cepat dia melangkah ke arah keretanya. Suasana sunyi sepi di ruangan parkir itu membuatkan bulu roma Riya Zahra meremang semacam.

Sebaik saja tiba di keretanya, seseorang menolak tubuhnya sehingga belakangnya terhempap di kereta.

"Hahh!!" Riya Zahra menjerit tatkala bahunya dipagut kasar.

"Lepaskan aku!!" Jeritnya. Matanya sudah terkatup rapat kerana ketakutan.

"Diamm!!" Tempik orang itu lalu menekup mulut Riya Zahra.

"Aku akan lepaskan kau dengan syarat kau kena bertenang!" Kata lelaki yang berhoodie itu.

Riya Zahra angguk kepala. Perlahan-lahan dia membuka mata.

Lelaki itu turut melepaskan cengkamannya pada Riya Zahra.

"Siapa kau?" Tanya Riya Zahra perlahan. Dia cuba mengambil nafas yang terasa senak akibat ketakutan.

"Ini aku." Lelaki itu membuka hoodie di kepalanya.

"Faizul?" Riya Zahra tergamam.

"Kenapa kau buat aku macam ni hah?!" Bentak Riya Zahra tidak puas hati. Dia lalu menolak tubuh Faizul.

"Aku nak buat perhitungan dengan kau!"

"Apa maksud kau?!"

"Berani kau sentuh anak aku?!" Faizul lalu mencengkam leher Riya Zahra. Kejadian semalam terimbau semula.

DAIYAN mengeluh. Dia tak lalu mahu melakukan kerja semenjak Aidan Adhwa sudah berkahwin dengan Elfira Awliya. Kadang-kadang Daiyan terfikir mahu berhenti kerja sahaja. Tapi dia memikirkan bertapa susah untuk mencari perkerjaan yang baharu. Nanti apa pula yang dikatakan oleh Aidan Adhwa tentang dirinya? Tak bersungguh dalam melakukan sesuatu perkerjaan. Hangat-hangat tahi ayam!

"Daiyan. Abang ada meeting. Airis dan Fayyad ada kat bilik abang. Daiyan nanti tolong tengok-tengokkan mereka berdua iya?"

Itulah pesanan yang dititipkan oleh Aidan Adhwa kepadanya sebelum pergi bermesyuarat.

"Hai."

Daiyan tersentak disapa tiba-tiba.

"Riya? Kau buat apa datang sini?"

"Aku nak jumpa kaulah. Susah sangat aku nak berjumpa dengan kau sekarang ni. Kau sengaja mengelak daripada aku ke?" Tebak Riya Zahra. Dia sudah meletakkan tas tangannya di meja Daiyan.

"Tak adalah." Dalih Daiyan malas.

Tanpa dipelawa, Riya Zahra sudah duduk di kerusi yang berada di hadapannya.

"Jangan nak menipu. Kau pasti kecewa apabila dapat tahu buah hati kau sudah dikebas orang, kan?" Kata Riya Zahra sambil tersenyum sinis. Tangan sudah bersilang di dada.

"Shh! Riya. Jangan cakap kuat-kuat. Kau nak semua orang tahu ke?" Kata Daiyan dengan nada yang rendah. Matanya melilau melihat keadaan sekeliling. Risau hatinya orang mendengar perbualan mereka berdua.

"Biarlah! Siapa suruh kau jadi pengecut? Sebab itulah orang rampas cinta kau." Tempelak Riya Zahra.

"Nak buat macam mana? Kami tak ada jodoh." Kata Daiyan sambil lepas keluhan.

"Sudah pasrah ke? Sebelum ni, berbuih mulut aku nasihatkan kau agar lupakan dia. Tapi kau tak dengar. Sekarang siapa yang makan hati?" Sindir Riya Zahra.

"Sudahlah. Tak payah nak perli aku! Kau tak ada kerja ke?" Geram pula Daiyan melihat Riya Zahra tak sudah nak memerlinya. Bukannya nak tunjuk rasa simpati padanya. Kata perli-perlian pula yang dia terima.

Bukan PendosaWhere stories live. Discover now