Bab 6- Putus Saudara

50 7 2
                                    


"TIDAK! Rafeez takkan berkahwin dengan Ikin!" Putus Rafeezal lalu bangun dari duduknya.

Ketika dia mahu melangkah keluar, emaknya lalu menghalangnya.

"Rafeez, dengar sini nak." Puan Hawa memegang muka Rafeezal supaya memandangnya.

"Hanya Nurashikin binti Abdul Samad yang boleh membahagiakan kamu, nak." Ujar Puan Hawa penuh yakin. Matanya sudah berkaca. Dia sungguh berharap anak tunggalnya itu mahu menunaikan hasratnya bermenantukan Nurashikin.

"Tapi Rafeez takkan bahagia tanpa Fira mak. Mak bukannya tak tahu hati Rafeez ni hanya buat Fira." Luah Rafeezal mula sebak.

Dia tak suka emaknya mahu menjodohkan dia dengan sesiapa pun. Dia tahu emak dia buat begitu sebab mahu pisahkan dia dari Elfira Awliya.

"Jangan nak jadi lelaki yang bodoh, Rafeez! Rafeez nak ke buat sisa baki orang tu jadi isteri? Tak cukup dengan buat maksiat, dia mengandungkan benih haram pula! Rafeez nak ke memperisterikan perempuan macam tu? Rafeez nak ke jadi bapa tiri kepada anak haram tu hah?!" Puan Hawa mula menaikkan suaranya. Pantang sungguh dia apabila nama Elfira Awliya disebut-sebut oleh anaknya.

"Rafeez tak fahamlah. Kenapa mak benci sangat dengan Fira tu? Dia tak pernah pun buat salah dengan mak mahupun biadap pada mak." Soal Rafeezal kebingungan.

"Aku benci dia sebab aku tak suka anak aku tergila-gilakan dia! Yang kamu ni pun satu, nakkan sangat Si Fira tu dah kenapa? Perempuan yang dah macam buah busuk tu pun kamu masih nakkan! Macamlah dunia ni tak ada perempuan lagi baik dari Fira tu!" Herdik Puan Hawa. Dadanya naik turun saja kerana marah.

"Tapi tiada yang sama macam Elfira Awliya, mak. Rafeez hanya cintakan Fira sahaja!" Tegas Rafeezal. Air matanya sudah merembes-rembes di pipi.

"Walaupun kamu perlu tanggung anak haram Fira tu nanti? Kamu dah siap ke hari-hari kena tengok anak haram dia tu, belai dia, dengar dia panggil kamu ayah?" Puan Hawa menduga anaknya.

Rafeezal tidak menjawab. Dari raut wajah, nampaknya Rafeezal sedang berfikir. Barangkali sedikit sebanyak kata emaknya itu berjaya mencucuknya. Puan Hawa tersenyum makna

"Ingat Rafeez, anak itu keturunan lelaki yang telah meragut kesucian buah hati kamu. Bapa budak tu yang hampir membuatkan kamu kehilangan Fira! Kalau pun kamu terima Fira seadanya, tapi ikhlas ke kamu terima anak dia?" Puan Hawa mencucuk jarum.

"INSHAALLAH. Rafeez akan ikhlas terima Fira dan anak dia mak." Ucap Rafeez perlahan.

Puan Hawa tergelak sinis.

"Tak payah nak tipu mak, Rafeez. Ini mak Rafeez tau tak. Baik buruk anak mak, mak tahu semuanya. Dari kecik mak bela Rafeez, bagi semua apa yang Rafeez nak. Rafeez mana pernah berkongsi dengan sesiapa barang kesayangan Rafeez?
Kalau Rafeez berkahwin dengan Fira, Rafeez akan terpaksa berkongsi kasih sayang dengan anak haram Fira tu. Boleh ke Rafeez tahan tengok muka anak haram dia tu untuk seumur hidup Rafeez?! "Tanya Puan Hawa sengaja memprovokasi anaknya.

Wajah Rafeezal jadi tak keruan. Kata-kata emaknya betul-betul makan dalam.

"Mak akan terima Fira jadi menantu mak. Tapi dengan syarat.." Puan Hawa mula mengendur. Dari riak wajahnya itu, dia kelihatan sedang bermuslihat jahat.

"Syarat? Apa dia mak?" Rafeezal tertarik pula.

Puan Hawa tersenyum sinis. Pelanduk bakal mengena jerat!

"KAU bawa aku pergi mana ni?" Tanya Elfira Awliya bingung. Dia menjenguk ke luar tingkap kereta. Rumah kayu usang itu dipandang penuh rasa seram sejuk.

"Kita keluar dulu." Balas Rafeezal perlahan. Dia membuka tali pinggang keselamatan lalu keluar dari kereta. Walaupun masih bingung, Elfira Awliya mengikut sahaja.

Bukan PendosaWhere stories live. Discover now