Bab 1- Takdir & Impian

210 8 0
                                    

WAJAH Elfira pucat lesi melihat apa yang dalam pegangan tangannya. Pregnancy test-kit itu menunjukkan tanda dua garis. Peluh sudah merenik di dahinya. Seluruh tubuhnya menggeletar takut maha hebat!

"Ya ALLAH! Dugaan apalagi yang Kau beri pada aku?" Bicara Elfira Awliya dengan suara getarnya. Dia terduduk berteleku di lantai simen bilik air. Menekup mulut menahan bunyi suara tangis keluar dari didengari oleh ahli keluarganya.

"Adik! Oh adik! Kenapa lama sangat dalam bilik air itu?" Laung suara Puan Salmah. Dia mengetuk-ngetuk pintu bilik air memanggil anaknya suruh keluar.

Elfira Awliya jadi gelabah. Dia lalu menyimpan pregnancy test-kit yang ada di tangannya ke dalam poket seluar track-suit yang dipakainya.

"Sekejap, mak."Jawab Elfira Awliya menahan rasa getar suaranya.

Elfira Awliya menyiram air di wajahnya yang sudah sembam kerana tangisannya itu. Dia perhati bayangan wajahnya di cermin yang tergantung di bilik air. Matanya agak kemerahan sikit. Namun dia akan cuba memaniskan wajahnya. Dia belum bersedia lagi mahu memberitahu kepada sesiapa tentang masalah yang dia sedang hadapi ketika ini.

"Kenapa adik lama sangat dalam bilik air tu?" Tanya Puan Salmah sebaik saja anak gadisnya itu keluar.

"Adik sakit ke?" Puan Salmah jadi risau tiba-tiba bila lihat raut wajah anak gadisnya itu agak kemerahan. Dia lalu menekapkan tangannya di dahi Elfira Awliya.

"Tak ada mak. Jangan risaulah." Kata Elfira Awliya masih menampakan wajah manisnya itu.

"Adik cuma sakit perut aje tadi." Dalihnya.

"Mana tak sakit perut, kalau banyak makan buah asam. Mak terkejut tau nampak buah asam yang Mak Cik Seha kamu bagi tu cepat habis. Mak ingat nak buat jeruk sebab banyak. Tahu-tahu anak mak ini habiskan. Mak pun hairan dengan adik ni. Tiba-tiba selera naik pula nak makan buah masam. Dah macam orang mengidam aje."

Elfira Awliya jadi terkejut mendengar ayat hujung emaknya itu.

"Eh, kenapa pula mak cakap macam tu?!" Puan Salmah menepuk mulut sendiri. Kesal! Kata-kata itu kan ibarat satu doa.

Elfira Awliya sehabis baik menahan riak wajahnya.

"Mak nak ingatkan adik ni, lepas ni adik jangan makan banyak benda-benda masam. Tak elok untuk perut adik. Boleh kena gastrik tau. Tengok ni anak mak dah sakit-sakit perut macam ni." Puan Salmah mengusap perut anaknya tiba-tiba.

Elfira Awliya betul-betul terkejut dengan perbuatan spontan emak nya itu. Tangannya laju menepis tangan emaknya.

Puan Salmah agak terkejut.

"Mak. Gelilah." Elfira Awliya pantas berdalih. Dia tunjuk riak gelinya itu. Emaknya tidak boleh berasa curiga!

Puan Salmah tergelak suka tanpa tahu apa-apa.

"Iyalah.. Hah, ni mak hampir terlupa. Kamu pergi ke depan, ada tetamu-tetamu datang nak jumpa adik. " Beritahu Puan Salmah sambil menekan ayat 'tetamu-tetamu' itu.

Elfira Awliya menghela nafas. Dia boleh meneka gerangan mereka itu.

"Tak ada benda lainlah tu kalau jam petang-petang begini datang rumah. Tentu nak ajak adik lepak kat sungai tengok air terjun. Itu kan tempat biasa korang lepak. Group B.. B.. ." Puan Salmah terkial-kial cuba mengingati sambungan perkataan yang dia lupa.

"BTJ, mak. Best friend Till Jannah." Sambung Elfira Awliya.

"Hah, iyalah tu. Sahabat baik sampai syurga maksudnya kan?"

Elfira Awliya angguk kepala.

"Mak, adik pergi dululah jumpa mereka." Elfira Awliya minta izin. Dia ambil tangan emaknya untuk disalam dan dicium penuh hormat.

Bukan PendosaWhere stories live. Discover now