Bab 66 : Bantuan 🆘️

14 2 0
                                    

"Saya ingin semua orang yang mempunyai kenalan dari mana mana tempat kecuali Wolverine Kingdom dan Zombies Kingdom memandangkan seluruh tempat itu sudah menjadi seperti padang kosong. Tiada siapa yang masih bernyawa di sana. Segelintir daripada mereka sudah dibunuh manakala yang lain telah mengeras menjadi batu oleh puak Dark Medusa.

Peperangan yang sebenar sedang berlangsung di antara kedua dua Kingdom itu. Mereka,dia sedang menunggu kita di sana." Aqua memandang ke arah Yushi,Snow dengan pandangan simpati.

"Siapa?" Yuki bertanya.

"Lance." Yushi menjawab dingin sambil tangannya sedang menggengam tangan erat.

"Apa?!" Mereka semua terkejut mendengar nama itu. Mereka telah lama tidak mendengar apa apa mengenai lelaki itu lagi semenjak lelaki itu hilang. Setelah lama dia menghilang, dia kembali semula. Dengan membawa Bala tentera!

"Kita tak dah tiada masa lagi. Panggil semua kenalan yang boleh dipanggil.

Putera Adam,saya mahu kamu untuk memanggil rakan kamu,Noah. Saya dengar, dia mempunyai ramai kenalan dari berbeza dimensi. Saya juga minta tolong yang lain supaya memanggil sesiapa sahaja kenalan yang kalian kenal dan suruh mereka berkumpul di dalam istana Ice Land, Wolverine Kingdom." Yushi berkata.

"Kejap,macam mana pula dengan kita? Untuk kita sampai ke istana,pastinya menggunakan banyak tenaga. Malah,kita takkan sempat sampai dengan hanya menggunakan teleportal." Zuaqi bertanya panjang.

"Jangan risau. I'll help you guys with that.

Sekarang,permaisuri, tuanku,kita perlu ikut rancangan B kita dahulu."

Mendengar arahan Yushi,raja Tanaka dan Permaisuri Yuzuriha menganggukkan kepala mereka.

"Apa plan nya? Kenapa korang macam dah lama tahu pasal ni dan cuma tunggu masa?" Shina bertanya was was dengan matanya memandang Yushi tajam. Dia dapat merasakan sesuatu yang lain ketika memandang Yushi ketika itu.

Yushi tidak menjawab soalan terakhir Shina,

"Plan nya ialah,permaisuri Yuzuriha akan ikut  kita ke sana sebagai bantuan seperti yang lain. Raja Tanaka akan berada di sini,menjaga istana dan puteri kecil. Kami juga akan memanggil kenalan kami yang lain dan sekarang mereka mungkin mereka telah berada di sana." Aqua menjawab soalan pertama Shina.

"Yushi,jawab soalan Shina tadi. Kenapa kau macam tahu tentang ni?" Adam pula bertanya soalan Shina.

Yushi hanya memandang mereka dengan pandangan kosong sebelum menjawab,

"Yes,I already know about it."

"Kalau abang dah tahu, kenapa abang tak hentikan semua ni daripada berlaku? Bukan kah itu lebih baik daripada kita berperang?" Yuki bertanya.

"Korang tahu tak apa risiko nya kalau aku buat macam tu?" Yushi memandang mereka tenang sebelum menyambung,

"Kalau aku halang awal awal sekali pun, aku sendiri yang akan mati di sana kerana tempat semua tu bermula ialah Dark Underworld. Korang tahu Lance tu macam mana? Dia tu jenis yang suka buat sesuatu benda sehingga dia puas. Jadi,tak de guna nya kalau aku berunding dengan dia sekali pun.

Tambahan pula,kalau aku berlawan dengan Lance, aku tak boleh berlawan sendirian. Aku perlukan 'dia' tapi malangnya,dia masih belum dapat sembuh lagi jadi aku tak mahu dia terbeban." Yushi berkata panjang.

"Jadi, betullah. Kau cuma tunggu masa untuk berperang?" Shina bertanya. Lebih kepada sinis sebenarnya.

Yushi memandang mereka.
'Nampaknya, emosi mereka masih belum stabil. Aku tak boleh buatkan mereka down lagi ...'

8. Pengembaraan 3 sahabat.Where stories live. Discover now