Bab 59 : kesakitan Yushi dan lukisan 🎨

10 2 0
                                    

Pada pagi itu,

Mereka semua berkumpul di dewan makan untuk makan bersama keluarga diraja tetapi, disebabkan mereka datang agak awal, mereka berborak antara satu sama lain sementara menunggu Raja dan permaisuri Nature Kingdom tiba.

"Ayahanda, di mana abang Yushi?" Yuki bertanya kepada Raja Ice Land.

"Yelah,tak nampak pun di mana dia..." Yumi sokong.

"Takkan lah dia masih lagi dengan penyelidikan tu lagi..." Permaisuri Ice Land berkata sambil berfikir.

Sedang mereka berfikir di mana Yushi berada,

"Assalamualaikum semua. Maafkan beta kerana terlambat." Raja Tanaka meminta maaf sambil menuju ke arah mereka sambil tangannya sedang memimpin tangan Yushi. Mereka yang lain agak pelik melihat itu kerana Yushi jenis yang tidak suka bersentuhan apatahlagi dengan makhluk yang baru dikenali nya. Bersama permaisuri Yuzuriha disebelah nya juga kelihatan selalu memerhati lelaki itu. Takut takut terjatuh tiba tiba,panik semua nanti.

Yushi perlahan lahan berjalan ke arah kerusi nya,tanpa menunjukkan kelemahan nya.

"Ah,itu pun anakanda." Raja Ice Land lega dengan kehadiran Yushi di situ tetapi, wajah Yushi Kelihatan agak sugul itu membuatkan Raja dan permaisuri Ice Land berasa agak risau.

"Anakanda, mengapa wajah anakanda begitu? Adakah anakanda baik baik sahaja?" Permaisuri Ice Land bertanya risau.

Yushi hanya berdiam. Melihat akan itu, permaisuri Yuzuriha menjawab,

"Kita makan dahulu. Nanti kita bincangkan hal itu."

Mendengar arahan si permaisuri, mereka pun terus makan tanpa menjawab apa apa.

Tiba tiba,Yushi yang masih belum habis makan bangun dan berkata,

"Saya sudah kenyang. Boleh saya....
Masuk ke bilik sekarang, tuanku?" Yushi bertanya dengan suara yang perlahan.

"Ya,semestinya. Pergilah berehat di dalam bilik kamu. Ingat,jika kamu perlukan apa apa, pastikan beritahu kepada dayang." Raja Tanaka menjawab dengan suara yang lembut.

"Baiklah, tuanku." Yushi berjalan ke bilik nya dengan langkah yang agak perlahan.

"Erm...tuanku,boleh saya bertanya?" Yumi ingin bertanya.

"Tanyalah."

"Bukan kah tidak elok jika seseorang itu meninggalkan makanan yang masih banyak dan terus ke bilik?" Yumi bertanya.

"Dan...apa yang berlaku kepada abang Yushi?" Yuki turut bertanya. Dah alang alang kakaknya bertanya,dia pun ikut sekali lah.

"Tentang soalan Yumi,beta cuma boleh jawab yang beta faham mengapa Yushi berkelakuan sebegitu. Jadi,beta biarkan. Jangan risau. Dia mempunyai sebab nya sendiri." Raja Tanaka menjawab soalan Yumi.

"Yushi hanyalah penat sahaja. Selepas makan nanti,kalian boleh sambung aktiviti kalian tetapi,beta minta supaya kalian membiarkan Yushi berehat di dalam biliknya memandangkan dia memerlukan nya."permaisuri Yuzuriha menjawab.

"Bermakna,kami tidak boleh menganggu putera Yushi,kan?" Adam bertanya.

"Ya. Dan pastikan kalian tidak membuat terlalu banyak bising memandangkan tempat ini boleh bergema dan mungkin Yushi akan terjaga nanti." Raja Tanaka menasihati mereka.

"Baiklah, tuanku." Mereka hanya menurut memandangkan apa yang Raja tanaka katakan itu ada benar nya. Mereka pun sambung makan tanpa berkata apa apa lagi memandangkan mereka masih sarapan pagi.

Setelah habis makan,mereka semua mula bersiap untuk pergi berjalan jalan lagi kerana masih terdapat banyak tempat yang mereka belum terokai. Nature Kingdom sangat besar jadi, untuk menerokai seluruh kingdom, agak mengambil masa.

8. Pengembaraan 3 sahabat.Where stories live. Discover now