Bab 61 : serangan bawah tanah ‼️

15 2 0
                                    

Keesokan harinya.

Mereka yang lain masih seperti biasa setelah habis bersarapan pagi bersama kerabat diraja Nature Kingdom. Bersiar-siar di pelbagai tempat lain memandangkan seluruh Kingdom itu sangat besar dan mereka kadang-kadang tidak puas ketika berada di sebuah tempat seperti tempat permainan.

Ianya bukan sahaja untuk kanak-kanak sahaja malah,semua umur boleh bermain di sana untuk meluangkan masa. Apa yang lebih seronok,mereka seakan-akan boleh berkomunikasi dengan tumbuh-tumbuhan di situ kerana mereka selalu menjaga mereka jika cedera atau berlaku sesuatu.

Ianya seperti,mereka lah penjaga mereka di situ.

Hari ini ialah hari terakhir mereka di sini. Jadi,mereka ingin meluangkan masa sepuas-puas hati mereka bersama keluarga. Kecuali Yushi yang telah lama menghilang.

Begitu juga dengan dua makhluk yang masih belum insaf dengan perbuatan mereka.

"Kita perlu hapuskan budak tu,hari ini juga. Jika tidak,ianya akan mengambil masa memandangkan tempat ini benar-benar jauh dari tempat kita. Kelebihan kita juga mungkin akan mengambil masa untuk ke sini. Kanda tidak mahu itu berlaku."

Raja Yuri seperti memberi taklimat kepada permaisuri Dililah yang hanya menurut. Ketika ini,mereka berada di sebuah lorong gelap supaya tiada sesiapa yang mendengar perbualan mereka.

"Sudah,mari kita pergi semula ke tempat itu. Pastikan kita dapat hisap darah budak tu puas-puas hari ini." Raja Yuri berkata sambil menyerlahkan gigi taring nya serta mata nya yang berbentuk tirus itu. Ianya bersinar dalam kegelapan itu. Tetapi,sinaran itu tidak menunjukkan cahaya yang sepatutnya. Ianya menakutkan kepada sesiapa yang mendekati kecuali mereka,puak Vampire yang sememangnya mempunyai hati yang hitam.

Tanpa membuang masa,mereka pun terus sahaja menggunakan kelebihan mereka untuk berlari laju ke Taman Bawah Tanah Istana Lama tanpa makhluk-makhluk itu perasan.

Dan mereka memasuki taman itu tanpa halangan.

Sehinggalah,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sehinggalah,

"Siapa kalian?"Suara seseorang di bangunan di situ bertanya. Ianya bergema.

'Tch,pengacau.' Raja Yuri geram.

Permaisuri Dililah hanya diam. Membiarkan Raja nya yang menjawab. Lagipun,dia tidak akan bergerak selagi Raja nya menyuruh.

"Kalian tahu siapa kami...." Raja Yuri berkata sambil memandang ke arah bangunan di mana Vance dan Zeo berada.

Tiba tiba,mereka berdua terus keluar dari tempat persembunyian mereka dan terjatuh di hadapan raja Yuri dalam keadaan melutut (kepala menunduk ke tanah,lutut menjadi sokongan)

"Sepertinya aku pernah lihat kalian berdua..." Raja Yuri terasa something pada mereka berdua.

Mereka hanya diam.

8. Pengembaraan 3 sahabat.Where stories live. Discover now