Bab 13 : penculikan dan penyamar.🥸

19 2 0
                                    

"Yang sebenarnya,

Semenjak beberapa bulan yang lalu, ramai kanak kanak yang mula hilang di Bandar Vego. Aku sebagai remaja yang menjaga ramai budak budak yang perlahan lahan hilang tu pergi buat report polis.

Tapi,polis beritahu yang ianya disebabkan oleh aku yang tak pandai jaga budak.

Bila aku minta pertolongan daripada keluarga mereka, mereka langsung tidak mempedulikan anak mereka.

Apa yang mereka pedulikan hanyalah kerja mereka sahaja.

Aku cuba untuk cari diorang tapi,semakin lama, semakin ramai kanak kanak yang aku jaga hilang. Sekarang,hanya tinggal seseorang sahaja lagi. Aku nak balik ke bandar untuk jaga lagi seorang tapi,aku jatuh di sini. Aku harap harap yang aku dapat balik untuk jaga lagi seorang. Kalau tidak, aku akan apa yang aku nak makan?" Firdaus menceritakan.

"Macam mana kau boleh terjebak dalam budak budak ni? Macam mana kau boleh jaga budak budak tu?" Rizal bertanya.

"Aku tubuhkan sebuah asrama yang seperti rumah anak yatim. Di mana mereka boleh tinggal di situ. Lagipun, memang ramai kanak kanak yang di biarkan oleh ibu bapa mereka sebab terlalu sibuk dengan kerja. Bila mereka dah mula remaja,mereka akan keluar daripada rumah. Bukan apa,Kalau mereka tinggal di rumah pun,mereka tak dapat apa apa. Macam tu juga aku. Aku tubuhkan asrama tu." Firdaus menceritakan.

"Kau ada cakap ada seorang lagi budak?" Kenta bertanya.

"Ya. Hanya tinggal lagi seorang. Aku takut.... kalau budak tu pun diculik sekali..." Firdaus berkata sambil menundukkan kepalanya memandang tanah.

"Kalau macam tu,bukan kah lebih baik kita semua pergi ke sana dan tengok?" Catarina memberi cadangan bernas.

"Betul apa yang Rina katakan." Kenta menyokong kata kata adiknya.

"Kalau macam tu,jom pergi." Fahmi dan Rizal berkata.

"Korang tak solat lagi." Shina menghentikan kata kata mereka.

"Solat asar dulu. Baru pergi." Shina berkata sebelum berjalan ke arah tasik yang dia pergi tadi. Untuk mengambil wuduk.

Ketika Shina sedang mengambil wuduk,dia memandang sekeliling. Kerana dia ingin menanggalkan tudung nya. Ketika perasan sudah tiada sesiapa, dia pun menanggalkan tudung nya.

Kelihatan rambut nya yang bersama ungu lembut bersama warna merah pada hujung rambut nya.

Ketika dia membasuh muka nya, dia dapat lihat pantulan wajah nya pada tasik tersebut.

Tetapi,riaksi pada wajah itu lain daripada yang asli. Wajah nya sedang......

Tersenyum sinis bersama mata yang berwarna lain lain.

Melihat wajah itu,Shina hanya mengabaikan nya. Dia sambung mengambil wuduk.

"Aku tahu yang kau nampak aku,Shina...."

Shina masih tidak menjawab.

"Wah~ sombong nye dia..." wajah pantulan Shina tersenyum menakutkan.

Tetapi,senyuman itu tidak menakutkan Shina. Dia hanya terus mengambil wuduk sehingga lah tiba pada bahagian kaki nya.

Dia mencelup kan kaki nya dalam tasik tersebut sehingga membuatkan wajah pantulan nya hilang.

Shina yang melihat itu hanya menarik nafas lega.

Ketika itu,dia dapat merasakan seseorang memerhati kan dia. Tetapi,dia hanya mengabaikan pandangan itu.

8. Pengembaraan 3 sahabat.Where stories live. Discover now