Bab 63 : Krypson Mountain 🗻

14 2 1
                                    

Mereka semua sedang berkumpul di ruang utama istana Nature Kingdom.

Mereka yang lain agak takut dengan apa yang akan berlaku memandangkan mereka tidak tahu apa hukuman Raja Yuri,Permaisuri Dililah dan Yushi.

Setiap kali ditanya,mereka hanya akan diam.

"Ayahanda, apa hukuman nya? We want to know." Adam masih tidak berputus asa untuk bertanya.

Raja Yuri dan Permaisuri Dililah rasa serba salah kerana tidak dapat memberitahu anak anak kesayangan nya. Itu ialah peraturan hukuman mereka. Mereka tidak boleh beritahu sesiapa sahaja mengenai hukuman mereka.

"Ask King and Queen." Yushi menjawab pendek. Dia geram kerana Adam asyik bertanya dan itu membuatkan dia sendiri tidak selesa.

"Assalamualaikum semua. Kalian bertiga telah bersedia?" Raja Tanaka yang tiba bersama permaisuri Yuzuriha bertanya.

"Waalaikumussalam, tuanku,permaisuri." Mereka menjawab.

"Kami dah sedia,tuanku." Raja Yuri berkata teruja.

"In sya Allah,kami boleh lakukan nya. It must be easy." Begitu juga Permaisuri Dililah yang tidak tahu apa-apa.

"Kalau senang,mesti Ayahanda dan bonda boleh balik dengan selamat." Adam berkata gembira tanpa ketahui apa-apa.

Shina yang mendengar itu hanya diam.

"Bagaimana dengan kamu,Yushi?" Permaisuri Yuzuriha bertanya.

"Saya ok je. Tapi sebelum tu,saya nak beritahu mereka mengenai sesuatu. Boleh berikan kami masa sebentar?" Yushi bertanya sambil menunjukkan ke arah Raja Yuri dan Permaisuri Dililah kepada yang lain.

Yelah,dari tadi lagi dia cuba mahu berbincang dengan mereka berdua tetapi, tidak boleh kerana Shina dan Adam selalu berkepit dengan mereka.

"Erk... baiklah ..." Adam yang faham dengan apa yang Yushi ingin katakan hanya membenarkan.

"Mari ke sana." Yushi berjalan agak jauh daripada yang lain untuk berbincang. Diikuti Raja Yuri dan Permaisuri Dililah.

Di sudut Yushi.

"Jadi,apa rancangan putera?" Raja Yuri bertanya sopan. Lakonan nya telah bermula dari tadi lagi. Jadi,ianya tidak terlalu kekok.

"Tak perlu nak sopan bagai depan aku. Aku tak suka." Yushi berkata jujur.

"Apa....maksud putera?" Permaisuri Dililah bertanya. Mereka berdua langsung tidak tahu bahawa penjaga itu ialah Yushi sendiri.

"Cuma ingat,jika dengan aku,tak perlu nak bersopan sangat. Aku tahu apa yang korang buat belakang diorang."

Permaisuri Dililah dan Raja Yuri terdiam. Berfikir,bagaimana dia tahu?

"Korang tak perlu fikir mengenai itu lagi. Aku cuma nak beritahu korang tentang Krypson Mountain. Seperti yang korang tahu, di sana dijaga oleh tiga ekor naga. Dua ekor naga akan selalu berada di udara,berlegar-legar untuk menjaga gunung itu manakala ketua mereka berada di dalam.

Rancangan aku ialah,korang uruskan dua ekor naga itu,sementara aku masuk ke dalam gunung atau sarang mereka untuk mengambil bunga Beverly itu. Setelah selesai,aku akan tolong korang.

Sebelum apa apa,aku nak minta lagi satu. Iaitu jangan buat bising di sana. Pendengaran naga di sana lebih tajam daripada mata mereka. Jadi,jangan buat bising jika tidak mahu mereka menyerang dengan lebih teruk. Faham?" Yushi bertanya setelah menerangkan.

"May I ask you something?" Raja Yuri meminta.

"What?"

"Bagaimana dengan ketua mereka? Takkan kita akan biarkan sahaja dia hidup?" Raja Yuri bertanya.

8. Pengembaraan 3 sahabat.Where stories live. Discover now