Bab 50 : Terbongkar 😏

12 2 0
                                    

Pada pagi itu,Shina memandang ke arah rakan-rakan nya.

"Korang betul ke dah nak balik?" Shina bertanya sedih.

"Maaf lah,Shina. Aku tak boleh lama lama di sini. Aku,abang aku dan isteri dia perlu balik ke Bumi. Begitu juga yang lain. Kami pun ada life kami di sana.... walaupun aku tak tinggal sana,aku akan mula tinggal dengan abang aku di sana nanti. Dah tak boleh tangguh dah..." Ai berkata sambil memandang rakannya yang masih dalam bentuk Vampire.

Begitu juga Adam. Sejak mereka berubah hari tu,mereka sudah tidak dapat menjadi manusia lagi. Nampaknya, Shina dan Adam tidak akan pulang ke Bumi buat masa yang terdekat kerana mereka masih belum dapat mengawal perubahan mereka sepenuhnya lagi. Untuk itu,mereka memerlukan ayahanda dan bonda mereka untuk mengajar mereka.

"Clara?" Shina memandang ke arah Clara.

Wanita bertudung shawl itu memegang tangan Shina lembut.

"Aku pun kena pergi juga. Walaupun tanpa guardian aku,Juwita,aku tetap perlu balik ke kampung aku juga. Aku dah lama tak jumpa mereka,Shina. Tapi,kau jangan risau,kami akan datang juga jika ada masa lapang. Aku boleh guna magic aku untuk tekeport ke sini. Ai boleh minta kenalan abang nya untuk teleport dia ke sini juga. Jadi,kau jangan risau,ye." Clara berkata,cuba untuk memujuk Shina.

"Janji korang takkan lupakan aku?" Shina memandang Ai dan Clara dengan penuh hadapan.

"Janji!"Mereka membuat pinky promise dan mereka terus berpelukan. Dan ketika itu, Aoi dan Shiko serta Catarina juga turut sama memeluk mereka. Tidak lupa juga Yumi dan Zuaqi. Fasha pula hanya memandang dari jauh. Dia bukan jenis yang suka sesi memeluk. Tetapi,tidak bermakna dia tidak suka akan kehangatan kasih sayang. Dia tetap tersenyum ketika merasakan kasih sayang daripada mereka biarpun tidak memeluk mereka sekali.

Di tempat lelaki,

"Harap kamu dapat sesuaikan diri dengan baik di sini,Adam." Xavier berkata.

" Adam akan terus jadi anak angkat ayah,kan?" Adam bertanya sayu.

"Ye,Adam masih lagi anak angkat ayah..." Xavier memeluk anak angkat nya.

"Kau jangan risau,Adam. Aku ada untuk jaga ayah kau di Bumi. Tuan Werier pun ada untuk jaga adiknya." Noah berkata cuba untuk menenangkan Adam.

"Yelah,aku percaya kan kau,Noah. Harap kau tak lupakan aku." Adam berkata.

"Takkan." Noah mengusap belakang Adam perlahan.

"Korang dah sedia ke?" Kenta bertanya kepada mereka semua. Dia telah bersedia untuk membuka teleportal ke Bumi.

"Sudah." Noah dan Xavier menjawab serentak.

"Kalau ada masa,jemputlah datang ke sini lagi,ye." Yuki berkata dengan senyuman lebar.

"In sya Allah."Mereka semua menjawab serentak.

"Hati-hati di sana,ye." Raja dan permaisuri Ice Land berkata serentak.

Manakala Yushi hanya diam sahaja. Masih dengan muka beku nya. Rei pula malas nak layan jejak kasih tanpa Fahmi. Kosong rasanya. Jika lelaki itu ada,pastinya mereka akan bergurau senda dan saling menyakat.

Ya,hari ini ialah hari di mana mereka semua akan pulang ke tempat masing-masing. Begitu juga Rei dan Zuaqi.

"Baiklah. Mari masuk semua."

Dengan itu,rakan rakan Bumi masuk dahulu. Mereka sempat memberi salam kepada mereka sebelum masuk.

Setelah itu,Clara pula. Dia telah memberitahu Kenta, perkampungan Assassin dan lelaki itu hanya mengikut sahaja.

8. Pengembaraan 3 sahabat.Where stories live. Discover now