Bab 48 : Penyakit dan penawar 💉

20 2 0
                                    

Permaisuri Yuzuriha, raja Tanaka dan puteri kecil,Tsutsuji setia menunggu Fahmi Tauqif bangun daripada pengsan nya.

Vance dan Zeo yang kasihan melihat mereka bertiga yang langsung tidak tidur malam perlahan-lahan masuk ke dalam bilik itu.

"Tuanku permaisuri, tuanku raja dan puteri kecil. Ada baiknya jika kalian berehat dahulu. Kalian boleh melawat putera Taqif jika dia sedar nanti. Ini ialah tugas kami,bukan kalian bertiga...." Zeo menasihati dahulu.

"......"

Tetapi,tiada jawapan daripada mereka.

Zeo memandang ke arah Vance. Berharap nasihat Vance menjadi.

"Jika kalian terus begini, kalian pula yang akan sakit. Putera Taqif pastinya tidak akan suka jika dia bangun nanti dan pastinya dia akan salahkan dirinya kerana membuatkan kalian sakit." Vance menasihati dengan lembut.

Mereka bertiga memandang Vance dengan mata yang kuyu, apatahlagi puteri Tsutsuji yang tidak biasa tidak tidur malam memandangkan dia masih kecil.

"Pergi lah ke bilik kalian. Patik akan memanggil jika putera Taqif telah sedar nanti. Kami yang akan menjaga dia memandangkan itu telah menjadi tugas kami berdua." Vance sambung menasihati.

Tsutsuji dan raja Tanaka mengeluh.

"Janji kamu akan terus memberitahu kami jika dia sedar?" Permaisuri Yuzuriha bertanya.

"Semestinya." Vance dan Zeo berkata serentak sambil menurunkan kepala mereka.

"....beta berikan kalian berdua kepercayaan untuk menjaga anakanda Taqif."

Raja Tanaka dan puteri Tsutsuji hanya menganggukkan kepala mereka,tanda turut memberi kepercayaan kepada mereka.

"Dengan berbesar hati." Mereka berkata serentak lagi.

Dengan itu,Raja Tanaka, permaisuri Yuzuriha dan puteri Tsutsuji keluar dan masuk ke bilik mereka untuk berehat.

Melihat itu,Zeo dan Vance menarik nafas lega kerana akhirnya,mereka mendengar kata juga.

"Kita akan terus jaga Fahmi sehingga dia sedar. Dia akan terus jadi tanggungjawab kita biarpun raja dan permaisuri telah mengambil dia sebagai anak angkat sekalipun."Vance berkata tegas kepada Zeo sambil memandang ke arah Fahmi Tauqif yang masih lagi berada di alam mimpi.

"Ya,kita akan." Zeo menganggukkan kepalanya setuju dengan kata-kata Vance.

Mereka terus menunggu Fahmi Tauqif sedar. Walaupun begitu, mereka tidak melupakan tanggungjawab mereka yang lain. Mereka solat bersama di dalam bilik itu supaya mereka boleh terus memerhati lelaki itu sesudah solat.

Setelah beberapa hari.

"Ya Allah,berapa lama lagi Engkau mahu 'menidurkan' sahabat aku ini?" Vance bertanya sayu sambil memandang ke arah Fahmi Tauqif yang masih lagi dalam lena nya dengan pandangan sayu. Zeo yang perasan akan itu hanya mampu mengeluh. Tidak banyak yang mereka boleh lakukan.

'Dia betul betul berehat,huh?....' zeo cuba untuk menggembirakan hati nya.

"Zeo,jom solat Isya'. Dah masuk waktu dah ni." Vance mengajak seraya dia memandang ke arah jam dinding pula.

Jam menunjukkan pukul 9:00 malam. Kelihatan mereka solat agak lambat untuk hari ini kerana termenung.

"Baiklah." Mereka pun bergerak ke bilik air untuk mengambil wuduk. Setelah itu,mereka pun solat berjemaah bersama.

Ketika itu,permaisuri Yuzuriha masuk. Agak terkejut juga kerana melihat Zeo dan Vance sedang solat. Baru sahaja dia ingin keluar, dia dapat lihat tangan Fahmi perlahan-lahan bergerak.

8. Pengembaraan 3 sahabat.Where stories live. Discover now