Bab 3 : horses 🐎 or guardians 🥷

38 3 0
                                    

Keesokan harinya.

Jam 7:50 pagi.

Ai dan Clara sedang berkemas untuk teruskan pengembaraan selepas ini. Shina telah lama siap mengemas pakaian nya,jadi dia mengambil masa untuk menolong Lina memasak.

Di dapur.

"Pandai anak Shina memasak. Mesti mak ayah bangga. Kan?" Lina bertanya tanpa tahu bahawa dia telah membuatkan hati Shina terluka sedikit.

Haqiz dan Haziq telah keluar pagi tadi untuk memberikan kuda kuda makan bersama.

Shina yang mendengar itu tidak memarahi Lina kerana wanita itu tidak mengetahui banyak mengenai diri nya.

"Ya.....mereka mesti bangga. Dan mereka mesti sedang memerhati dari jauh." Shina berkata sambil menghiris bawang.

Lina yang baru sahaja perasan bahawa dia telah tersalah cakap terus meminta maaf.

"Tak mengapa lah,mak cik Lina. Saya tak kisah. Semua akan pergi pada suatu hari nanti. Cuma tunggu masa sahaja."Shina berkata sambil tersenyum.

"Keluarga anak dah besarkan anak dengan baik. Mereka memang hebat...." Lina juga turut sama tersenyum.

Shina hanya terdiam. Kalau boleh,dia tidak mahu membongkarkan apa apa lagi mengenai diri nya.

"Manakala mak cik....bukan sahaja gagal didik anak....malah buatkan keluarga kami dibenci dan dicaci oleh penduduk kampung. Itu lah sebab nya,suami mak cik bina rumah biasa di sini. Jauh daripada penduduk kampung yang dah buang kami. Hanya di sebabkan mak cik.....tak dapat nak melihat...." air mata mengalir perlahan daripada mata Lina.

"Jadi,betullah apa yang saya agak." Shina berkata sambil memasukkan bawang dan bahan bahan lain ke dalam kuali yang dipenuhi nasi.

"Apa maksud anak?" Lina tidak faham dengan apa yang dikatakan Shina.

Shina yang mendengar pertanyaan itu menarik tangan Lina lembut daripada menggaul nasi yang berada di dalam kuali.

"Dari pertama kali saya nampak mak cik,saya dah tahu." Shina berkata sambil mendudukkan Lina di atas kerusi di meja makan.

"Saya dapat lihat daripada mata mak cik. Warna mata mak cik yang asal bukan warna kelabu,kan? Warna mata asal mak cik ialah biru. Saya dapat lihat daripada bingkai gambar dalam rumah ni. Walaupun tak banyak,saya dapat lihat gambar semasa Haqiz masih bayi. Masa tu,mata mak cik masih berwarna biru.

Lagipun,saya tak nampak apa apa sinaran pada mata mak cik semasa saya jumpa mak cik." Shina menerangkan dengan panjang lebar sambil tangannya menggaul nasi goreng yang dia masak bersama Lina.

Dapat dibau aroma nasi goreng.

"Masya Allah....anak memang pandai meneliti.

Ya,memang betul yang mak cik buta. Itu juga sebab Haqiz bencikan mak cik sejak dia kecil. Tapi,Terima kasih kepada anak,dia dah berubah." Lina berkata dengan senyuman.

"Tak ada masalah."

Shina menutup gas. Setelah itu,dia mengambil pinggan dan memenuhi nya dengan nasi goreng yang dimasak oleh Shina. Dia menyediakan nasi tersebut di atas meja.

"Mak cik nak tengok dunia semula?"tiba tiba sahaja Shina bertanya soalan itu.

Pada mulanya,Lina sangat terkejut mendengar soalan itu. Tak lama itu,dia tersenyum kecil.

"Kalau ada peluang,memang mak cik nak tengok dunia semula. Untuk melihat dunia, untuk melihat ciptaan Allah yang indah, untuk melihat wajah wajah yang mak cik rindui.

8. Pengembaraan 3 sahabat.Where stories live. Discover now