Bab 6 : The fight ⚔

13 2 0
                                    

(Media di atas ialah media gambar Raja Charlie yang 'baik ' dan tenang.)

"Kenapa tiba tiba panggil nama saya?"

Terkejut mereka mendengar suara yang garau itu.

"Tuanku!"terus mereka melutut ketika mendengar suara raja mereka.

"Kenapa aku langsung tak perasan yang Raja ada berdekatan? Kuasa aku dah.... semakin pudar ke?" Keq bermonolog sendirian sambil mengetap gigi nya.

"I'm asking you again. Kenapa tiba tiba panggil nama saya?"Raja Charlie bertanya.

"Ka....kami tak dapat....masuk ke dalam bilik ni,tuanku.

Setiap kali patik cuba masuk,patik akan terpelanting ke dinding." Mitch memberitahu sambil menunjukkan ke arah dinding yang telah berlubang.

"Apa yang susah sangat? Kamu cuba perlu masuk ke dalam bilik ini sahaja." Raja Charlie berkata sambil menunjukkan ke arah bilik Shina.

"Ianya seperti terdapat penghadang,tuanku." Kiara menjadi tumpuan mereka mereka sekarang. Termasuklah pengawal yang setia di sebelah Raja Charlie.

"Penghadang?"

"Ya,tepat sekali tuanku." Kiara menjawab.

"Patik menyarankan, mungkin tuanku boleh menghapuskan penghadang itu untuk memasuki bilik ini memandangkan kuasa tuanku yang paling berkuasa di sini."Keq menyampuk.

"Baiklah. Jika itu yang diperlukan untuk memasuki bilik ini...." Raja Charlie menghalakan kedua dua belah tangannya ke arah bilik Shina.

Seraya itu,keluarlah sesuatu yang berwarna hitam yang mula mengelilingi pintu bilik tersebut.

Ketika ianya mengelilingi pintu bilik tersebut, kedengaran sesuatu sedang menjerit kesakitan.

"Eh,bunyi kuda?" Mereka terkejut mendengar suara kuda yang sedang kesakitan dari dalam bilik Shina.

Yang sebenarnya, Setsuna yang membina penghadang bayang itu supaya tiada sesiapa yang masuk.

Tetapi,ketika terkena kuasa Raja Charlie, kuda tersebut berasa kesakitan.

Di dalam bilik Shina.

Kelihatan Setsuna sedang bergelut mempertahankan bilik itu daripada dimasuki orang lain dengan sepenuh tenaga nya.

Walaupun dia terseksa.

Ketika dalam kesakitan itu,dia terpandang ke arah Shina yang masih lena di dalam dakapan kuda nya. Langsung tidak terganggu dengan bunyi bunyi di luar dan bunyi yang dia hasilkan.

Tetapi,disebabkan dia lalai, penghadang nya pecah dan Raja Charlie Serta yang lain mula masuk ke dalam bilik itu.

Setsuna terkejut ketika melihat aura Raja Charlie sehingga membuatkan dia ketakutan.

Terus dia terpelanting ke luar tingkap ketika Raja Charlie memandang nya tajam.

"Seperti biasa,tuanku semenangnya mempunyai kuasa yang terkuat dan agung." Mereka melutut lagi sekali termasuklah pengawal istana yang mengiringi Raja Charlie.

"Rise."

Mendengar itu,mereka terus bangun.

"Siapa nama perempuan ni?"Raja Charlie bertanya sambil memandang Shina yang masih lagi tidur dengan nyenyak di atas lantai.

"Apa yang kami tahu daripada rakan rakannya, namanya Shina,tuanku." Keq yang pernah bertanya kepada Ai dan Clara menjawab.

"Apa kuasa dia?" Raja Charlie bertanya lagi.

8. Pengembaraan 3 sahabat.Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin