Bab 32 : Lohong hitam 🌑

12 2 0
                                    

Mereka semua berkumpul di hadapan sebuah pintu gerbang istana yang kelihatan sangat lama dan seram.

"K...kau pasti kah....ini tempat nya?" Axon mula menjadi takut. Lagipun,disebabkan dia mempunyai kuasa cahaya,ianya membuatkan dia menjadi agak lemah memandangkan di sana mempunyai tekanan tenaga kejahatan yang berlawanan dengan cahaya.

"This is the place." Fasha menjawab tanpa riaksi.

"We need to find her now!" Haqiz berkata tegas.

"She maybe in danger." Yumi risaukan Shina. Begitu juga Zuaqi.

"Kalau macam tu,mari lah masuk!" Adam mengajak mereka semua.

"Ad,kau rasa.....ini....idea yang bagus ke?" Aoi bertanya sambil memegang kain baju Adam kerana takut.

"Hoi,jangan lah main tarik je baju aku tu. Aku gigit kau kang, menyesal." Adam memberi amaran.

"Aku takut lah!" Aoi menjawab.

"Shiko pun takut jugak tapi tak de lah penakut macam kau sangat." Noah berkata selamba memandang ke arah isterinya, Shiko.

"Jangan lah sama kan aku dengan Shiko." Aoi memandang Noah.

"Sudah tu,semua. Jika awak bertiga bergaduh begini,semua ini takkan selesai." Shiko ingin meleraikan pergaduhan itu,tetapi disebabkan suara yang yang perlahan,mereka tidak mendengarnya.

Malah,mereka lebih rancak berperang mulut antara satu sama lain.

"Takkan lah kita nak biarkan sahaja?" Ai bertanya sambil memandang Clara di sebelah nya. Manakala rakan nya hanya mengeluh.

"Aku boleh bunuh diorang di sini supaya diam." Fahmi berkata sambil mengeluarkan pedang nya.

"Hoi,tak payah lah jadi assassin kat sini." Rizal ketakutan melihat pedang rakan nya itu.

"Assassin ke,assasial?" Kenta membuat lawak bodoh.

Ai dan Clara memandang geram kepada Kenta yang sempat membuat lawak bodoh ketika ini. Ianya tidak dapat sambutan orang lain.

"Dah tu,nak buat apa supaya diorang diam?" Edgar bertanya.

"Maybe pukul diorang sampai pengsan?" Oscar memberi cadangan sambil menyinsingkan lengan baju nya.

"Kau jangan nak mengarut."

"SUDAH LAH TU!" Seseorang memarahi mereka semua. Seseorang itu menjadi perhatian meraka semua.

"Takkan kakak dan abang nak terus bertengkar di sini sedangkan kakak Shina perlukan kita! Cubalah berbaik dan masuk je! Kalau takut sangat,lebih baik tak payah datang! Mesti ada sebab kakak Shina panggil kita,bukan orang lain. Kalau kakak Shina dah betul betul nazak nanti,baru awak semua nak menyesal ke?!" Seorang lagi yang berada di sebelah yang pertama menjerit tadi pula menjadi perhatian. Air mata nya mengalir kerana terlalu takut jika ada sesuatu berlaku kepada Shina.

"Rina....maafkan abang..." Kenta meminta maaf.

"Kami pun..." Mereka semua malu kerana hanya dua orang gadis sahaja yang tidak kebudak-budakan seperti mereka yang asyik bergaduh daripada tadi. Malu kerana mereka berdua lah budak yang sebenar,bukan diri mereka.

Haqiz dan Lina yang melihat kematangan Fasha dan Catarina berasa kagum. Begitu juga Haziq yang telah diam kerana memikirkan sesuatu.

"Jangan minta maaf pada kami." Fasha menjawab tanpa riaksi.

"Minta maaf pada kakak Shina nanti. Sebab kita ni mungkin dah terlambat,tau!" Catarina masih dalam emosi.

"Shh...sudah,bertenang,Rina."Kenta memeluk adiknya yang masih menangis dalam amarah itu.

8. Pengembaraan 3 sahabat.Where stories live. Discover now