Bab 62 : Hukuman Nature 🍁

14 2 0
                                    

Pada malam itu,mereka semua diminta untuk berkumpul di pejabat Raja Tanaka selepas habis makan. Seperti biasa, Yushi ialah yang pertama ke pejabat dan diikuti Raja dan permaisuri Vampire Kingdom yang telah sembuh tetapi tetap mempunyai rasa sakit kerana disembuhkan tidak terlalu baik.
Tambahan pula,mereka main lekat sahaja kain anduh dan kain untuk menutup kesan luka pada mereka. Raja Yuri lagi lah teruk. Disebabkan belakang nya seperti agak bengkok, tabib di situ 'membelasah' nya atas alasan ingin membetulkan semula tulang yang bengkok itu.

Mereka semua tertanya-tanya sebab nya sebaik sahaja memasuki pejabat Raja Tanaka.

Yushi pula buat-buat tidak tahu mengenai itu memandangkan dia sedang menyamar sebagai seorang putera Ice Land sahaja di hadapan mereka yang lain. Bukan sebagai penjaga istana lama.

Sementara menunggu Raja dan permaisuri Nature Kingdom tiba,mereka sempat bertanya kepada Raja Yuri dan Permaisuri Dililah mengenai kecederaan yang mereka dapat itu. Ianya kelihatan agak jelas memandangkan permaisuri Dililah memakai anduh manakala Raja Yuri mempunyai pelekat pada pipi nya yang tercalar agak teruk kerana Yushi yang mencederakan nya tanpa dia sendiri sedar.

Mereka berdua tidak membalas kerana berasa malu. Mereka kalah dengan seorang lelaki yang tidak dikenali tahap nya. Mereka main serang sahaja. Itu lah padah nya.

Pada masa yang sama,mereka takut dengan apa yang akan Raja Tanaka dan Permaisuri Yuzuriha akan katakan. Kerana mereka teringat bahawa jika mereka kalah, penjaga itu akan melaporkan kegiatan mereka kepada pihak pemerintah.

Baru sahaja Adam ingin bertanya lagi sekali,

"Assalamualaikum, semua."

Mereka yang mendengar itu terus bangun dan menunduk hormat.

"Waalaikumussalam, tuanku,permaisuri." Mereka menjawab serentak sebaik sahaja melihat raja Tanaka dan Permaisuri Yuzuriha masuk ke dalam pejabat itu.

"Duduk lah." Mendengar itu,mereka pun duduk. Begitu juga Raja Tanaka dan Permaisuri Yuzuriha yang duduk di hadapan tengah mereka.

"Adakah kalian tahu mengapa kita berkumpul hari ini?" Permaisuri Yuzuriha bertanya dengan senyuman lebar kepada Raja dan permaisuri Vampire Kingdom biarpun hati nya meronta-ronta ingin membunuh mereka ketika itu juga. Biarlah kau sedang cedera atau tidak,apa dia kesah?

"Tidak..." Permaisuri Dililah dan Raja Yuri berkata sambil menggelengkan kepala mereka. Sekarang,mereka yang menjadi perhatian semua di dalam bilik pejabat itu.

" Betul kah~"Permaisuri Yuzuriha bertanya dengan senyuman dan suara yang menjadi lebih menyeramkan. Mereka yang lain mula rasa seram sejuk termasuklah Raja Yuri dan Permaisuri Dililah sendiri. Yang tidak terkesan Yushi yang telah biasa, Raja Tanaka yang sedang tahan untuk membunuh dan Semestinya Permaisuri itu sendiri.

"A...ayahanda....apa yang ayahanda telah lakukan?" Adam bertanya dengan perasaan yang sangat takut. Tidak pernah dia berasa takut sebegini.

Shina yang berada di tepi pula hanya diam.

"T...tak....ayahanda tidak bersalah...." Raja Yuri masih tidak mahu mengalah.

"Ianya...pasti salah faham,permaisuri...." Begitu juga Permaisuri Dililah.

"Pe...Permaisuri....boleh saya tahu....Apakah salah ayahanda dan bonda saya?" Biarpun Adam takut ketika ini,dia cuba untuk bertanya.

"Oh,kalian belum tahu lagi? Tak mengapa lah. Jika begitu,kalian keluar dahulu. Ada sesuatu yang beta dan permaisuri beta ingin bincangkan antara Raja dan permaisuri Vampire Kingdom. Ah,Yushi juga kerana dia bertanggungjawab atas mereka." Raja Tanaka berkata sambil cuba untuk menahan kuasa nya yang lagi satu daripada keluar.

8. Pengembaraan 3 sahabat.Where stories live. Discover now