Bab 65 : Kekacauan 💣

20 2 0
                                    

Setelah siap solat zuhur,raja dan permaisuri Ice Land serta Yumi dan Yuki pergi melawat Yushi yang masih pengsan di dalam bilik nya. Zuaqi dan Rei pula sedang cuba untuk menenangkan Adam dan Shina kerana mereka asyik menyalahkan diri mereka kerana mereka baru dapat tahu apakah hukuman Raja Yuri,Permaisuri Dililah dan Yushi. Mereka juga tahu sebab mereka dikenakan hukuman cuma tidak diberitahu mengenai Fahmi Tauqif dan rakan rakannya.

Mereka berdua rasa sangat bersalah. Kerana jika bukan kerana ayahanda dan bonda mereka membuat masalah, Yushi tidak akan terkena tempias nya.

Mereka telah redha dengan pemergian Raja Yuri dan Permaisuri Dililah. Kerana bagi mereka,jika mereka berdua masih hidup sekalipun, keadaan akan jadi semakin huru-hara.

Cuma,mereka masih belum dapat menerima dengan apa yang telah Yushi terima.

"Sudah lah tu. Yushi hanya menjalankan tanggungjawab dia sahaja..." Rei masih cuba untuk memujuk Shina dan Adam supaya tidak menyalahkan diri mereka lagi. Mereka asyik mendiamkan diri sahaja dari tadi.

"Ye. Aku kenal sangat dengan Yushi tu. Sekali dia buat keputusan, itu lah apa yang akan dia buat. Kita tak boleh halang. Kalau tidak, malapetaka akan menimpa." Zuaqi berkata mengikut pengalaman nya bersama Yushi sebelum ini.

Lelaki itu sememangnya keras kepala dan selalu ikut haluan sendiri. Dia tidak akan ubah keputusan lagipun, dia seperti boleh tahu apa akibat keputusan nya nanti.

"Hmm.." Mereka hanya mampu mengeluh ketika melihat Shina yang bersandar pada tubuh Zuaqi dan Adam yang telah menutup matanya supaya menjadi lebih tenang. Shina juga sama. Mereka membayangkan,

Satu satu nya vampire yang boleh mereka harapkan,sebagai sebuah keluarga yang benar. Hanya dia yang mereka pasti tidak akan menjadi seperti ayahanda dan bonda mereka.

Di dalam bilik Yushi.

Raja dan permaisuri Ice Land sedang memandang pelik ke arah sesuatu yang dari tadi bercahaya di dalam sebuah almari bilik Yushi.

"Biar kanda yang lihat." Raja Ice Land bangun dan berjalan ke arah almari itu dengan penuh debaran.

Dan ketika dia membuka nya,satu cahaya terus keluar dengan pantas ke arah Yushi. Benda bercahaya itu mula terapung apung di atas badan Yushi. Ketika itu juga,terdapat sinaran atau habuk berkilau yang mengelilingi Yushi yang masih belum membuka mata nya.

Bagaikan silap mata,perlahan lahan Yushi membuka matanya. Terkejut Raja dan permaisuri Ice Land melihat itu.

Perkara pertama yang Yushi lihat ketika membuka matanya ialah,

Seorang gadis yang dia pernah cintai dulu. Walaupun mereka masih kecil dahulu, Mereka tetap mempunyai perasaan di hati mereka.

Kematian gadis itu membawa bersama kematian senyuman Yushi yang selalu terserlah satu ketika dahulu.

Dia lah,Gwen yang mati akibat serangan yang tiba tiba sahaja datang tanpa amaran dahulu. Tetapi,disebabkan hati mereka yang telah sebati antara satu sama lain, Gwen menjadi kristal kerana berasal dari























Vampire Kingdom.

Hanya warga Bumi yang mempunyai kuasa dan warga Vampire Kingdom sahaja yang akan berubah menjadi kristal setelah mati.

Tetapi,dia di halau kerana tiada rupa seperti vampires yang lain. Taring nya terlalu kecil dan gadis itu takut dengan darah.

Dia terpaksa membawa diri nya ke tempat tempat yang jauh,sehingga lah dia bertemu dengan Yushi yang sudi menjadi teman nya. Raja dan permaisuri Ice Land yang ketika itu hanya mempunyai Yushi, mengambil Gwen sebagai anak angkat. Begitu lah cara nya Gwen menjadi sebahagian daripada Yushi kerana mereka selalu bersama. Seperti belangkas.

8. Pengembaraan 3 sahabat.Where stories live. Discover now