Bab 46 : berehat 🏞

17 2 0
                                    

Kelihatan seorang wanita sedang menunggu seseorang di taman. Angin yang terkena diri nya itu membuatkan dirinya kelihatan ayu.

"Assalamualaikum Yumi."

Yumi yang sedang termenung sendirian terus memandang ke arah seseorang itu dengan senyuman. Berharap bahawa orang itu betul-betul seseorang yang dia tunggu.

Tetapi,ianya bukan lah seseorang yang dia tunggu.

"Ah,Rei....Waalaikumussalam. "

"Kau menunggu seseorang ke?" Rei bertanya dengan senyuman tersembunyi.

"Aku cuma berharap...." Yumi berkata sambil matanya memandang ke langit semula.

"Fahmi takkan datang ke sini buat masa yang terdekat." Kata-kata Rei membuatkan Yumi memandang ke arah dirinya.

"Kenapa pulak?dia tak ok je?" Yumi terus bertanya.

Ini menguatkan lagi hipotesis Rei.

"Kau suka dia ke?"

Bam!

Soalan tanpa berlapik itu membuatkan Yumi terdiam. Dirinya bagaikan baru saja ditembak tadi.

Dia langsung tidak menjawab apa-apa,hanya diam.

"Aku.....tak tahu...."

"Apa yang kau rasa bila dengan dia?" Rei bertanya. Cuba untuk memancing.

"Setiap kali aku bersama dia,setiap kali dia panggil aku,tuan puteri.....

Dia mengingatkan aku mengenai diri aku yang dulu...."

Rei menunggu sambungan dengan tenang. Dia tahu sukar untuk meluahkan kepada orang lain.

"Diri aku yang.....bukan seperti sekarang.

Dulu,aku seorang yang lemah lembut,bukan ganas seperti sekarang. Ada ramai kawan.

Tapi,disebabkan ada seorang lelaki yang mula menarik minat aku. Bukan hanya aku,tapi semua orang.

Lelaki tu,dia panggil aku dengan nama tu, tuan puteri. Cuma dengan nada yang berbeza, ceria. Disebabkan dia seorang yang happy go lucky,semua semua suka dia.

Tapi one day,lelaki tu fitnah aku."

Rei setia mendengar.

"Aku jumpa dia kat bumbung sekolah. Bila aku sampai, tiba-tiba je lelaki tu lari keluar.
Esoknya,lelaki tu,beritahu dia yang aku cuba goda dia dengan.....

Hisk....

Badan aku...."

Rei masih diam.

"Disebabkan dia ialah orang yang baik di mata orang lain,maka mereka terus percayakan dia. Disebabkan itu, orang lain pulaukan aku! Diorang cakap yang aku ni hipokrit. Depan orang,lembut. Tapi belakang,perangai macam s*tan! Puteri hipokrit,puteri sampah, dan apa-apa yang sepertinya.

Aku masih ingat semua cemuhan sampai sekarang.

Aku bernasib baik sebab abang Yushi dan Yuki still percaya kan aku. Diorang yang pertahankan aku.

Sejak itu,aku dah tak percaya orang lagi. Disebabkan itu juga,kami pindah sekolah. Kat sana,aku jumpa Zuaqi, adik kau.

Aku berubah personaliti, sebab Zuaqi. Aku tak pernah beritahu Zu pasal ni. Sebab aku tak nak dia buang aku....seperti mana orang lain...dia lah satu-satunya kawan aku...."

Rei masih diam,membiarkan Yumi meluahkan segalanya.

"First time aku jumpa Fahmi,aku ingatkan dia orang biasa-biasa je. Lagipun,kami tak pernah bertegur sapa. Sehinggalah Fahmi sendiri tegur aku dulu. Aku agak.....terkejut juga....dia panggil aku tuan puteri....

8. Pengembaraan 3 sahabat.Where stories live. Discover now