Bab 53 : Surat ✉

14 2 0
                                    

Di dalam pejabat Raja Ice Land.

Kelihatan dia dan permaisuri sedang sibuk menguruskan hal ekonomi kerajaan dan hal membaik pulih Vampire Kingdom.

Pelbagai kertas kerja yang terdapat di atas meja mereka. Tetapi,wajah mereka Tetap tenang,tidak tergopoh-gapah ketika melakukan kerja itu.

Tiba-tiba,

"Penghantaran surat."seekor burung merpati hinggap di jendela yang terbuka luas itu.

Mendengar itu,Raja Ice Land pun bangun dan mengambil surat yang terdapat pada kaki burung tersebut. Setelah mengambilnya, burung tersebut hilang.

"Apa tu,kekanda?" Permaisuri Ice Land yang perasan akan itu bertanya.

"Surat.

Dari Nature Kingdom."

Mendengar nama itu,membuatkan Permaisuri Ice Land berasa pelik. Jarang pemerintah Nature Kingdom menghantar surat kepada mereka kerana mereka tidak terlalu rapat dengan mereka.

"Apa yang tertulis,kekanda?" Permaisuri Ice Land bertanya ingin tahu.

Raja Ice Land juga ingin tahu,terus membuka kertas itu.

"Assalamualaikum Raja Ice Land,Wolverine Kingdom."

"Waalaikumussalam."mereka membalas.

Raja Ice Land terus membaca.

"Beta,permaisuri Yuzuriha dari Nature Kingdom ingin menjemput kalian sekeluarga dan sesiapa sahaja yang terdekat untuk datang melawat kami di sini. Bolehlah kalian jadikan ini sebagai tempat berehat memandangkan di sini terdapat alam semula jadi yang akan dapat menenangkan kalian.

Jika tuanku ingin melawat kerajaan beta bersama rakan-rakan tuanku,tuanku haruslah membawa kad yang berwarna emas itu sebagai tanda jemputan. Dengan kat itu,tuanku boleh pergi ke mana sahaja tuanku mahu termasuklah istana beta.

Jika tuanku ingin ke sini, beta akan bawakan seseorang untuk menjemput tuanku supaya lebih cepat tiba dengan syarat, tuanku akan melawat lah istana beta dahulu. Selepas itu,tuanku boleh pergi ke mana sahaja tuanku mahu bersama rakan-rakan tuanku. Sekian daripada beta,permaisuri Yuzuriha dari Nature Kingdom. Beritahu lah jika tuanku ingin datang. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Lagi sekali,mereka menjawab.

Raja Ice Land mengambil satu lagi yang terdapat di dalam sampul surat itu. Ianya berwarna emas.

"Ini lah yang dikatakan peluang keemasan, kekanda

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ini lah yang dikatakan peluang keemasan, kekanda." Permaisuri Ice Land berkata.

"Maksud dinda?" Raja Ice Land bertanya.

"Balas lah kepada permaisuri Yuzuriha bahawa kita akan ke sana. Kita semua memerlukan rehat dan keluarga Vampire Kingdom itu pula kelihatan perlukan percutian sebegini untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim mereka." Permaisuri Ice Land berkata.

8. Pengembaraan 3 sahabat.Where stories live. Discover now